gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Saya Tak Kutuk Pun, Cuma Nasihat…” – Isu Tiada ‘Killer Song’, Man Bai Dah Jumpa Aina Abdul, Hubungan Kekal Baik
HIBURAN
Serik Tengok Pergaduhan Pengguna Jalan Raya, Ryzal Ibrahim Tak Jadi Nak Aktif Kembali Berbasikal - “Saya Pulangkan Balik…”
HIBURAN
Ridzokumura Simpan Dalam Pasport, Bawa Nota Terakhir Arwah Isteri Kemana Sahaja - “Masih Tak Kuat, Menggigil Saya Tengok…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Ibu Mentua Mira Filzah, Mastura Mohd Yazid Digugurkan Sebagai Calon BN Parlimen Kuala Kangsar

Izwan Isa
Izwan Isa
01/11/2022
22:50 MYT
Sponsor Banner
Ibu Mentua Mira Filzah, Mastura Mohd Yazid Digugurkan Sebagai Calon BN Parlimen Kuala Kangsar
Datuk Mastura Mohd Yazid yang juga merupakan ibu mentua kepada pelakon Mira Filzah tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Kangsar yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Sebaliknya, untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), calon Barisan Nasional Parlimen Kuala Kangsar akan ditandingi Maslin Sham Razman yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Kangsar.
Pada PRU14 yang berlangsung pada tahun 2018, Mastura mengalahkan calon Amanah, Ahmad Termizi Ramli dan Khalil Idham Lim (Pas) dengan majoriti 731 undi.
Selain Mastura, seorang lagi calon yang menjadi tumpuan adalah selebriti Ustaz Kazim Elias yang akan bertanding di Parlimen Larut.
Mira mendirikan rumah tangga bersama Wan Emir Astar pada 3 September 2020 di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Kehidupan mereka diserikan dengan kehadiran putera sulung, Wan Khair Amir yang dilahirkan pada 10 Mei lalu.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
#Mira Filzah
#Mastura Mohd Yazid
#Kuala Kangsar
#Barisan Nasional
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement