Ibu mentua kepada pelakon cantik Mira Filzah, Datin Mastura Yazid antara individu yang menerima Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) dengan membawa gelaran Datuk.

BACA: “Kalaulah Abang Johan Masih Ada, Dialah Orang Paling Gembira Atas Kurniaan Ini” – Nora Dikurnia Gelaran Datuk

Datuk Mastura menerima gelaran itu bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 pada Isnin daripada YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri menerusi akaun Instagram suami Mira Filzah, Wan Emir Astar.

"Menjunjung kasih YDPA Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah atas pengurniaan Darjah Kebesaran buat Bonda patik, @masturayazid.

"Moga anugerah sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 hanya akan menjadikan Bonda patik lebih baik dan terus cekap dan cekal dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin yang amanah buat semua, baik di Kuala, di desa, mahupun di pentas antarabangsa, untuk nama baik negara.

"Di sebalik tabir berdekad-dekad perjalanan khidmat dan bakti Ibu kepada masyarakat, bangsa dan negara, hati dan mata ini sendirilah yang menjadi saksi sendiri kepada tangisan, darah dan keringat yang dilimpahkan, demi cinta.. sebuah perjuangan.

"An inspiring, passionate, beloved leader, that is my Ibu. Tahniah Ibu. Papa would look dearly upon this moment today, for he knows how incredible Ibu has been for Papa, the people of Kuale, and the nation.

"Rahmatilah perjuangan dan usaha Ibu ku Ya Rabb, demi kebaikan agama, bangsa dan negara," tulisnya.



Mira turut mengulang siar ucapan tahniah suaminya itu menerusi Instagram Stories. Tulisnya; "Tahniah Ibu."

Datuk Mastura berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) dan merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar.