Laman Utama

Ibu Risau Anak Perempuan Lahir Tanpa Rahim

gempak
Azwa Rahman
30/01/2021
14:55 MYT
Sponsor Banner
Ibu Risau Anak Perempuan Lahir Tanpa Rahim
Sepasang suami isteri berdepan dugaan hidup apabila anak perempuan mereka dilahirkan tanpa rahim.
Memetik laporan Sinar Harian, Kanak-kanak yang diberi nama Siti Aminah Mohd Alauddin yang berusia dua tahun tiga bulan itu juga dilahirkan dengan tangan kanan bengkok, selain hanya mempunyai satu buah pinggang dan menghadapi masalah pendengaran.
Ibunya, Nur Shailla Revathy Abdullah, 31, berkata, dia bimbang akan masa depan anaknya apabila mengenang keadaan Siti Aminah sebegitu.
"Anak saya dilahirkan sebulan awal. Ketika itu dia hanya sebesar botol air mineral 500 ml saja. Doktor pula hanya dapat sahkan jantina anak saya ini ketika usianya masuk tiga minggu.
"Pertumbuhan fizikalnya tak sempurna dengan keadaan tangan kanannya yang juga bengkok," katanya yang kini menetap di Taman Sri Mawar, Seremban.
Bagaimanapun, katanya, ketika usia Siti Aminah empat bulan, dia diberitahu bahawa anak sulungnya itu alami pelbagai masalah dan yang paling sukar diterima apabila dilahirkan tanpa rahim.
Tambah Nur Shailla Revathy, pada awal dia menerima perkhabaran itu daripada doktor, dia kerap menangis.
Bagaimanapun, dia bersyukur kerana anaknya itu tidak menghadapi masalah kesihatan serius lain.
"Selama ini saya tak pernah dengar masalah bayi tiada rahim. Walaupun perjalanan anak saya masih jauh, tapi sebagai ibu, sudah tentu saya fikir masa depannya.
"Tapi apa boleh buat, itu sudah ketentuan ALLAH anak saya dilahirkan tanpa rahim. Selagi saya bernyawa, saya akan jaga dia sebaik mungkin," katanya lagi kepada Sinar Harian.
Nur Shailla Revathy berkata, buat masa ini dia memerlukan bantuan untuk membeli alat bantuan pendengaran untuk Siti Aminah yang kini sedang diusahakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Selain itu, Siti Aminah juga perlu menjalani rawatan susulan di hospital setiap empat bulan sekali.
"Walaupun anak saya alami banyak masalah, tapi dia seorang yang aktif. Itu yang membuatkan saya kuat. Setiap hari saya tidak putus-putus berdoa supaya hidupnya dipermudahkan," jelasnya lagi.
Kredit foto: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024