Berita

“Ibu Saya Dah Jumpa BF Baru Zara Zya”- Hafreez Adam

gempak
Syafiqah Jalal
23/07/2020
10:06 MYT
Sponsor Banner
“Ibu Saya Dah Jumpa BF Baru Zara Zya”- Hafreez Adam
Pelakon Hafreez Adam akui gembira apabila mendapat tahu bekas tunangnya, aktres Zara Zya kini sudah menemui pengganti.
Menurut Hafreez, semua orang berhak untuk rasa bahagia.
“Saya tidak pernah ada rasa dendam atau benci pada Zara. Mengapa hendak benci orang yang kita pernah sayang. Cuma kami sudah tidak berhubung sahaja.
“Bila saya dapat tahu dia sudah ada pengganti saya pun gembira untuk dia.
“Yelah, pada saya semua orang berhak untuk rasa bahagia,” katanya kepada Gempak.
Pada April lalu, Zara mendedahkan dia kini bahagia dan sedang mengenali hati budi seseorang.
Dedah Hafreez, ibunya juga sudah lebih awal mengetahui mengenai hubungan Zara dengan kekasih baru.
“Sebenarnya, ibu dan semua keluarga saya baik dengan Zara meskipun kami sudah putus tunang.
“Saya tidak menghalang mereka untuk meneruskan silaturrahim itu kerana bagi saya apa yang berlaku hanya saya dan Zara sahaja, selebihnya saya tak mahu libatkan orang lain.
“Jadi ibu saya beritahu dia sendiri sudah berjumpa dengan kekasih Zara selepas diperkenalkan. Saya tak kerkejut,”katanya lagi.
Hafreez pernah bertunang dengan Zara pada 12 Oktober tahun lalu, namun, ikatan itu hanya bertahan tiga bulan.
Pasangan yang berkenalan ketika berganding dalam drama Monalisa pada 2017 itu sepatutnya mendirikan rumah tangga, Oktober depan.
Mengenai perkembangan lain, Hafreez baru sahaja tamat penggambaran drama episod untuk RTM dan kini sedang memberi fokus kepada perniagaan restoran Dinner Cher Kuey Teow Abe yang terletak di Enjoys Corner Desa Melawati dan Shah Alam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live