gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Mahu Jadi Muslimah Lebih Baik, Isteri Azlan Komeng Buang Silikon & Tatu - “Bengkak Muka Macam Ikan Kembung Tapi Saya…”
HIBURAN
Kamal Adli Mahu Berehat Selepas Enam Bulan Bekerja Keras, Rancang Bawa Keluarga Bercuti – “Saya Mahu Beri Fokus Pada Hawra & Uqasha”
BERITA
Hantar Orang Dewasa Bermasalah Ke Kem Tentera
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Ibu Siti Jamumall Tampil Buka Mulut - “Mereka Pernah Bergaduh Kasar, Sudah Berbuih Mulut Beri Nasihat”

gempak
Khairil Khusyairi
16/05/2025
13:20 MYT
Sponsor Banner
Ibu Siti Jamumall Tampil Buka Mulut - “Mereka Pernah Bergaduh Kasar, Sudah Berbuih Mulut Beri Nasihat”
Ibu kepada usahawan, Siti Jamumall iaitu Norizan Jaaffar mengakui terkejut apabila anaknya itu diceraikan dengan talak dua oleh suami menerusi sesi siaran langsung (live) di TikTok pada Rabu.

Terkejut Anak Diceraikan Dalam LIVE

Menerusi perkongsian video di TikTok, Norizan mendedahkan anaknya itu pernah bergaduh kasar dengan suami sebelum ini.
“Orang tengah sedap tidur waktu macam ini, saya pula tak boleh nak tidur dan terbuka live Siti tengah bergaduh dengan Aiman. Saya dengar Aiman jatuhkan talak dua pada Siti

“Saya terkejut. Itulah, dalam rumah tangga mereka bukan saya tak tahu.

“Macam-macam jadi dalam rumah tangga mereka, bergaduh kasar pun pernah,” katanya dalam video tersebut.

Berbuih Mulut Beri Nasihat

Dalam pada itu, Norizan turut memaklumkan dia pernah memberi nasihat kepada anak dan menantunya itu namun tidak berhasil.

“Berbuih mulut banyak beri nasihat tapi nak buat macam mana nak jadi juga macam ini.

“Baru sahaja sebulan lepas dia bagi talak satu dekat Siti, malam ini (Rabu) dia bagi dua.
“Habislah, apa lagi..puaslah hati. Yang jadi mangsa keadaan Siti,” keluhnya.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Siti Jamumall sekali lagi diceraikan oleh suaminya iaitu personaliti media sosial yang dikenali sebagai Aiman Tak Kesah.
Siti Jamumall atau Siti Suriani Wahiddin, 26, bukan sahaja diceraikan dihadapan ahli keluarganya malah momen itu turut disiarkan secara langsung menerusi live TikTok.
Pada 6 Mei lalu, Siti mengesahkan sudah kembali rujuk bersama dengan bekas suaminya itu.
Sekadar info, Siti dan Aiman berkahwin di Satun Thailand pada awal Jun 2024.
Siti juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun bercerai tiga tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 5, dan Putra Aiman Zafran, 3 tahun.
Topic Berkaitan
#cerai
#Live
#Ibu
#Terkejut
#Diceraikan
#Siti Jamumall
#Aiman Tak Kesah
Must-Watch Video