Berita

Ibu Tunggal Anak 3 Jalan Kaki Jadi Penghantar Makanan, Ebit Lew Bantu Belikan Basikal - "Masa Bagi Bergenang Matanya"

gempak
ZULHILMI JALIL
11/12/2020
07:10 MYT
Sponsor Banner
Ibu Tunggal Anak 3 Jalan Kaki Jadi Penghantar Makanan, Ebit Lew Bantu Belikan Basikal - "Masa Bagi Bergenang Matanya"
Nasib seorang ibu tunggal yang menyara tiga orang anaknya dengan bekerja sebagai penghantar makanan secara berjalan kaki mendapat perhatian pendakwah terkenal Ebit Lew.
Ebit yang prihatin dengan kepayahan yang dialami wanita bernama Sharen itu kemudian bertindak menghadiahkannya sebuah basikal untuk digunakan bagi tujuan kerja.
"Seminggu dapat RM150 ke RM200. Dulu berniaga bakeri. Perniagaan tak boleh pergi dah. PKP berhenti semua.
"Buat kerja hantar makanan jalan kaki. Duit itu digunakan untuk beli lampin dan susu anak. Duduk dengan ayah yang Orang Kelainan Upaya (OKU) dan ibu.
"Masa bagi dan berbual tadi bergenang matanya. "Terima kasih ya ustaz atas semangat dan hadiah'. Jalan jauh hantar makanan," cerita Ebit menerusi satu entri di Instagram.
Sharen merupakan antara lima individu yang menerima sumbangan basikal daripada Ebit semalam.
Kesemua mereka merupakan insan yang memilih untuk meneruskan kehidupan dengan bekerja sebagai Foodpanda Walker selepas terkesan kehilangan pekerjaan ekoran pandemik.
"Sebak gembira malam ini hadiahkan lima basikal lipat dan sedikit hadiah belanja kepada tiga orang Cina dan dua India.
"Sayu dengar betapa kuat mereka jalan kaki cari rezeki buat keluarga. Terkesan dengar anak muda kuat kerja cari rezeki," luah Ebit.
Ebit cukup dikenali dengan kerja amal kebajikan yang dilakukannya dalam menghulurkan bantuan kepada masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024