BERITA
Ibu Ustazah Asni Abu Mansor Meninggal Dunia, Anak Cucu Hadiahkan Bacaan 30 Juzuk Al-Quran Sebelum Pengebumian
Pendakwah, Ustazah Asni Abu Mansor, berkongsi berita duka pemergian ibu tercinta, Rupiah Suhada, 87, yang menghembuskan nafas terakhir pada Sabtu lalu.
Berita sedih itu dimaklumkan sendiri oleh Ustazah Asni menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.
"Bonda saya baharu menghembuskan nafas terakhir pada 6.38 malam.
"Jenazah ibu akan dimandikan pada jam 9.30 pagi dan dikafankan pada 10 pagi, manakala solat jenazah akan diadakan di Masjid Kariah Felda Pasir Besar," tulisnya.
Ustazah Asni juga memaklumkan bahawa seluruh ahli keluarga termasuk adik-beradik dan anak saudara sempat menghadiahkan bacaan 30 juzuk al-Quran secara bergilir-gilir untuk dihadiahkan kepada arwah sebelum dikebumikan.
“Alhamdulillah selesai pusingan pertama khatam buat Bonda dari anak cucu. Pusingan seterusnya Insya-Allah kami teman mak dengan bacaan Quran sampai esok,” tulisnya.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan pada pagi Ahad di tanah perkuburan berhampiran Masjid Kariah Felda Pasir Besar, Negeri Sembilan.
Salam takziah diucapkan kepada Ustazah Asni sekeluarga. Semoga roh Allahyarham Rupiah Suhada ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
Must-Watch Video