Berita
Ibu Ziela Jalil Meninggal Dunia Pada Usia 70 Tahun
Ibu kepada penerbit Datuk Ziela Jalil menghembuskan nafas terakhirnya semalam.
Berita duka itu disampaikan Ziela menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram Story miliknya lewat malam tadi.
“Telah kembali kerahmatullah ibu kesayanganku Allahyarhamah Fatimah Binti Othman,” tulisnya.
Difahamkan arwah yang berusia 70 tahun meninggal dunia kira-kira pukul 1 tengah hari akibat komplikasi pelbagai penyakit.
Jenazah kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur selepas Asar.
Dalam entri yang sama, penerbit produksi Pena Creative Pictures itu turut memanjatkan doa agar roh ibunya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
“Ya Allah ampunilah dan rahmatilah dia. Lepaskanlah dia daripada apa-apa yang tidak disukainya dan maafkanlah dia, muliakanlah keadaanya dan luaskan kuburnya,” coretnya.
Sementara itu, pelakon Maznah Zolkifli turut berkongsi sekeping foto yang memaparkan suasana ketika menghadiri upacara pengebumian.
“Salam takziah kepada pemergiannya bonda Ziela Jalil tersayang Hajah Fatimah Othman kembali kerahmatullah,” katanya.
Foto kredit: Berita Harian, Dr. Puteri Julia Nabilah
Must-Watch Video