HIBURAN
Idam Anak Ramai, Nicole Kidman Stress Pernah Tiada Susu Badan
Nampaknya aktres terkenal Nicole Kidman juga mengalami masalah seperti segelintir ibu-ibu yang baru melahirkan anak.
Pemenang Oscar itu memberitahu majalah Times selepas diiktiraf Women of the Year baru-baru ini, dia pernah tertekan kerana mengalami masalah ketiadaan susu badan.
“Saya sangat terkejut. Saya fikir apa yang telah terjadi? Ke mana susu saya telah pergi?
“Saya masih ingat berbogel di dalam tandas dan meminta tolong daripada kakak yang sudah punya lima anak,” akuinya.
Bintang berusia 57 tahun itu mengalami masalah ketiadaan susu badan selepas melahirkan anak perempuannya pada tahun 2008. Ironi, saat itu isteri Keith Urban ini telah menjadi ibu kepada dua anak.
Meski pernah berdepan pengalaman tiada susu badan, Kidman mengaku sangat berminat memiliki keluarga yang besar.
“Kalau boleh saya mahu ada keluarga yang besar, ramai anak. Saya mahu 10 anak. Tapi tidak dapat dan saya okay kerana tetap menjadi ibu kepada anak-anak saudara saya,” katanya tidak lama dulu.
Bersama Urban, Kidman memiliki dua anak dan pernah mengambil dua orang anak angkat sewaktu berkahwin dengan aktor Tom Cruise sebelum ini.
Must-Watch Video