,
Viral

Ikan Paus Bungkuk Pertama Kali Muncul Di Perairan Pulau Redang!

Gempak
15/09/2024
15:06 MYT
Seekor ikan paus yang muncul di perairan Pulau Redang, Terengganu, dipercayai daripada spesies Humpback Whale (Megaptera novaeangliae) atau digelar paus bungkuk.

BERITA TRENDING: Peniaga Tawar Beli 1 Kilogram Muntah Paus Dengan Harga RM123,000, Warga Emas Bakal Jadi Jutawan

Pensyarah Biologi Marin Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Madya Dr Maizah Mohd Abdullah berkata, kemunculan ikan berkenaan dianggap istimewa kerana ia belum pernah dilaporkan dilihat di lokasi tersebut sebelum ini.
"Walaupun agak sukar untuk mengenal pasti ikan tersebut kerana rakaman video yang kurang jelas, saya percaya ia daripada spesies paus bungkuk.
"Rakaman video itu menunjukkan bahagian kepala paus tersebut, tetapi pengecaman pada bentuk sirip dorsal menunjukkan ia adalah spesies Humpback Whale (Megaptera novaeangliae) atau paus bungkuk," katanya kepada Sinar Harian.

Pernah muncul di Pulau Pangkor & Sarawak

Beliau yang juga Ketua Projek Ocean Hope berkata, ikan tersebut merupakan haiwan mamalia yang melakukan penghijrahan atau migrasi paling jauh berbanding haiwan mamalia lain serta menggunakan perairan Okinawa, Jepun dan Filipina untuk membiak.

BERITA TRENDING: Rasa Badan Macam Ikan Paus, Atikah Suhaime Tolak Tawaran Berlakon

"Spesies tersebut boleh dijumpai di perairan laut dalam seluruh dunia, namun populasi paling hampir dengan perairan Malaysia adalah dari kawasan Western North Pacific.
"Jika di Malaysia, ikan tersebut pernah dilaporkan ditemui di perairan Pulau Pangkor dan Miri, Sarawak," katanya.

Tak bahaya

Menurutnya, haiwan yang memakan krustasea (krill) seperti udang dan ikan kecil dengan cara menapis air laut dalam jumlah yang banyak itu tidak berbahaya atau memberi ancaman kepada penyelam atau nelayan.
Bagaimanapun, katanya, orang ramai dinasihatkan untuk tidak menghampiri ikan tersebut kerana dikhuatiri boleh mendatangkan kecederaan secara tidak sengaja kepada manusia ketika ia berenang disebabkan saiznya yang besar.

"Warga tempatan dinasihatkan supaya berhati-hati ketika mengadakan aktiviti di perairan berhampiran dan jika terserempak dengan mana-mana spesies haiwan marin terancam seperti ini, perlu memperlahankan bot dan tidak cuba untuk menghampirinya dengan terlalu rapat.

"Kemunculan haiwan mamalia marin yang seperti Humpback Whale ini memberi mesej untuk semua pihak menjaga kelestarian lautan," ujarnya.
Pada Sabtu tular di media sosial rakaman video berdurasi 39 saat memaparkan sekumpulan nelayan teruja apabila terserempak dengan seekor paus yang ditemui muncul di perairan Pulau Redang.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Terseret Bawah Treler, Peserta Himpunan RXZ Maut Elak Patung Penyu Di LPT2

gempak
15/09/2024
14:28 MYT
Gara-gara mengelak patung replika penyu yang terjatuh di atas lebuh raya, seorang peserta RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi, Terengganu pada Ahad.
Drama

Bermasam Muka Sebab Nasi Dagang Kelantan & Terengganu, Bolehkah Daniel Dan Stopa Berbaik?

gempak
06/09/2024
09:55 MYT
Setelah sekian lama berperang bagi menentukan nasi dagang negeri mana paling sedap, akhirnya Stopa dan Daniel membuat keputusan untuk bergabung.
Hiburan

Dakwa Bisnes Biji Pala, Ammar Zoni Beli Dadah Guna Nama Khas Ikan & Sayur

gempak
31/07/2024
11:55 MYT
Pelakon Ammar Zoni yang kini berdepan kes dadah dalam proses rayuan meringankan hukuman yang dijatuhkan ke atasnya.
Viral

7 Lelaki Berpakaian Wanita Ditahan Di Terengganu - "Penduduk Mengadu Mereka Sering Berkumpul Di Beranda Rumah"

gempak
28/07/2024
12:00 MYT
Gara-gara berpakaian seperti wanita termasuk berbaju kurung dan bertudung, tujuh lelaki ditahan dalam serbuan oleh pasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), di sebuah flat di bandar raya ini baru-baru ini.
Viral

Dua Beranak Antara Ditahan Ponteng Solat Jumaat, Jika Sabit Kesalahan Boleh Didenda & Dipenjara

gempak
20/07/2024
05:40 MYT
Seorang bapa dan anak lelaki antara empat penjaja yang ditahan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) selepas didapati meninggalkan solat Jumaat dalam operasi dijalankan di sekitar daerah ini.