Semalam, pasangan pelakon Sweet Qismina dan Adam Lee selamat mengikat tali pertunangan selepas tiga tahun menjalinkan hubungan cinta.

Hal tersebut diumumkan menerusi beberapa hantaran yang dibuat pada akaun Instagram masing-masing.

A post shared by ? فرحانة قيسمينا سوڤندي ? (@sweetqismina)


Baik Sweet mahupun Adam, kedua-duanya kelihatan cantik dan sepadan dalam persalinan songket berona biru langit.

Lebih manis, majlis pertunangan yang diadakan di sebuah rumah di Ampang, Selangor itu jatuh pada hari jadi Sweet yang ke-24.

BACA: Sweet Qismina & Adam Lee Bertunang Pada Tarikh Hari Lahir

“Kami mengikat tali pertunangan selama setahun. Namun, perancangan atau tarikh untuk mendirikan rumah tangga masih belum ada lagi. Kami selesaikan majlis pertunangan terlebih dahulu.

“Maklumlah, sektor kreatif baru sahaja kembali aktif selepas kerajaan membenarkan karyawan-karyawan kembali bekerja selain kelonggaran prosedur operasi standard (SOP).

“Jadi, kami gunakan masa yang ada ini untuk kembali bekerja semula,” katanya.

A post shared by ? فرحانة قيسمينا سوڤندي ? (@sweetqismina)


Dalam pada itu, Sweet berkata, majlis pertunangannya dengan Adam telah lama dirancang dan gambar pertunangan mereka bukanlah babak dalam drama.

“Majlis ini sudah lama dirancang dan ia bukanlah gimik sempena majlis anugerah yang akan berlangsung tidak lama lagi. Ia adalah rezeki.

"Tambahan pula, peminat kami turut menanti untuk kami bergerak ke fasa seterusnya. Termasuk peminat dari Indonesia yang bertanya kapan kami mahu ada ikatan yang sah,” katanya lagi.

A post shared by ? فرحانة قيسمينا سوڤندي ? (@sweetqismina)


Pada majlis pertunangan mereka, Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak Adam.

Kisah cinta mereka mula dihidu peminat apabila Sweet dan Adam mula berkongsi gambar masing-masing di Instagram sekitar 2019.

Mereka turut bergandingan sebagai watak utama dalam drama bersiri Adam Chempaka yang turut disiarkan pada tahun yang sama.

BACA: “So Are You Guys Officially Dating Or What?” - Netizen Speku Sweet Qismina Bercinta Dengan Adam Lee

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!