Laman Utama

Ikut Kawan Buat Putihkan Kulit, Wanita Ini Disahkan Menghidap Kanser - “Rambut Gugur.. Aku Jadi Hodoh Sekelip Mata”

gempak
Azwa Rahman
11/04/2022
10:06 MYT
Sponsor Banner
Ikut Kawan Buat Putihkan Kulit, Wanita Ini Disahkan Menghidap Kanser - “Rambut Gugur.. Aku Jadi Hodoh Sekelip Mata”
Seorang wanita tular di laman sosial selepas berkongsi pengakuannya yang kesal memilih jalan singkat untuk memutihkan kulitnya menggunakan produk pencerah kulit.
Menerusi platform TikTok, seorang pengguna yang dikenali sebagai @ladyvin_official berkongsi kesan daripada ketaksubannya membuat ‘whitening drip’ untuk kelihatan lebih cerah.
Jelasnya, dia telah diajak oleh rakan untuk melakukan prosedur itu sehinggalah dia disahkan menghidap penyakit kanser akibat daripada impak prosedur kecantikan yang dibuat
“Jangan jap whitening drip ni nasihat ku buat kalian,” tulisnya ringkas di bahagian kapsyen.
@ladyvin_official Jangan jap whitening drip ini nasihat ku buat kalian #cancersurvivor #cancerfighter #fyp ♬ Dear Diary - liriiklagu
Luahan duka yang dibuat ini bertujuan untuk memberi pengajaran kepada mana-mana pihak terutamanya golongan perempuan yang ingin terlihat putih dan cantik dengan jalan pintas.
Tambahnya, rambutnya gugur dengan teruk selepas 14 hari melakukan prosedur tersebut.
Kini, dia terpaksa menjalani rawatan kemoterapi dan kehilangan semua rambutnya.
Malah, wanita tersebut juga enggan orang lain menerima nasib sama sepertinya dan menegaskan bahawa whitening drip ini sangat berbahaya untuk kesihatan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai wargamaya memberikan kata-kata semangat buat wanita tersebut terus kuat.
Tidak kurang juga ramai yang memupuk pengguna lain untuk mensyukuri setiap warna kulit yang dianugerahkan oleh Maha Pencipta.
@Wan l Makeup & Skincare:Stay strong sis! Semoga diberi kesembuhan. Kepada korang yang nak putih cepat tu. Fikirkan lah sebelum buat. Love your skin colour.”
@Tizi Nik:ramai nak putih, tapi sebenarnya tak kira kulit putih ke gelap ke tetap cantik. ada aura tersendiri. cuma cara kita menggayakan diri kena pandai.”
@tiha:siapa yang baru nak buat tu tiba-tiba video ni lalu dekat fyp, anggaplah ni sebagai peringatan untuk diri. Beersyukur dengan apa yang Allah beri.”
@BatrisyiaRamli:Terima kasih sis share awareness. Ramai orang taksub putih. Sayangilah diri sendiri sebelum nak orang sayang kita.”
@aisyahhumaira:kulit yang putih tak bererti kulit yang sihat... cuma kena pandai jaga ja... tak putih pun takpa janji sihat...semoga dipermudahkan urusan akak.”
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 2.5 juta tontonan oleh warga TikTok.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live