Seorang imam dari Maghribi meninggal dunia selepas diserang sakit jantung kerana terkejut selepas jenazah yang siap untuk dikebumikan hidup semula.

Imam yang tidak dinamakan tersebut dilaporkan meninggal dunia di hospital selepas tidak dapat diselamatkan.

Menurut lifeinsaudiarabia.net, ‘jenazah yang hidup semula’ diumumkan meninggal dunia selepas jatuh tidak sedarkan diri di sebuah masjid sewaktu menunggu solat sunat Jumaat.

Kematian lelaki tersebut juga sudah didaftarkan selepas mendapat pengesahan meninggal dunia daripada pihak hospital.

Namun dia tersedar sebelum dikebumikan lalu menyebabkan tetamu yang datang menziarah termasuk imam yang akan menyempurnakan majlis pengebumiannya terkejut sebelum diserang sakit jantung dan meninggal dunia.

Kejadian itu menyebabkan tetamu dan lelaki yang ‘hidup semula’ itu menyempurnakan pengebumian imam tersebut.