Laman Utama
Imam Terlupa Takbir, Solat Sunat Aidilfitri Dengan 3,000 Jemaah Diulang
Solat sunat Aidilfitri diulang kali semula buat kali kedua apabila berlaku kekhilafan yang diikuti kira-kira 3,000 jemaah yang berlaku pada jam 8.45 pagi tadi.
Kejadian ini berlaku di Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut (MTMAJ), Pahang, apabila imam tidak melakukan lima kali takbir di rakaat kedua.
Sejurus memberi salam, imam tersebut terus mengakui kekhilafannya dan mahu mengulangi solat sunat itu kali kedua kira-kira jam 8.55 pagi.
Advertisement
Seorang jemaah, Zulkifli Abdullah memuji tindakan yang dilakukan oleh imam tersebut.
"Imam terus akui kekhilafannya dan mahu mengulangi semula solat ini," katanya.
Seorang lagi jemaah, Rosman Hashim berkata, ketika berlaku kekhilafan itu, imam tersebut meneruskan sehingga ke tahiyat terakhir dan memberi salam.
"Imam terus mengakui dengan memaklumkan kekhilafannya melalui pembesar suara dan mahu diulang solat ini, Alhamdulillah solat sunat berjalan lancar pagi ini," katanya.
Selesai khutbah, kira-kira 500 kanak-kanak di bawah usia 12 tahun menerima duit raya daripada pengurusan masjid ini.
Sumber: Awani
Must-Watch Video