HIBURAN
Iman Troye, MK Syukur Dapat Gembirakan Anak-Anak Yatim Beli Kelengkapan Raya - "Biasanya Kita Yang Sibuk Tapi Kali Ini..."
Duta Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI (PTTI), Iman Troye dan MK K-Clique gembira diberikan peluang menceriakan anak-anak yatim dan asnaf dari Rumah Raudhatul Al-Faeez (RAF) dalam program Santunan Ramadan: Berbagi Kebahagiaan anjuran PTTI Group Sdn. Bhd.
Kehadiran mereka bukan sahaja memeriahkan sesi membeli-belah pakaian raya di SOGO Kuala Lumpur, malah turut membawa keceriaan kepada kanak-kanak yang diraikan.
Bagi Iman Troye, pengalaman membeli-belah bersama anak-anak RAF menjadi kenangan bermakna.
“Biasanya bila hampir raya, kita sibuk dengan persiapan sendiri, tapi kali ini saya dapat perasaan baru—sangat bersyukur dan happy dapat menggembirakan mereka yang memerlukan,” katanya.
Iman yang sudah lima tahun bersama PTTI turut bangga dengan usaha jenama ini dalam membantu pelajar melalui tuisyen atas talian sambil terus menyumbang kepada masyarakat.
MK pula mengakui sangat terharu melihat keletah anak-anak yatim yang begitu mesra dan teruja dengan kehadiran mereka.
“Ini tahun ketiga saya bersama PTTI menyumbang kepada anak-anak yatim dan asnaf. Saya percaya perjuangan PTTI bukan sekadar membantu pelajar skor dalam SPM, tetapi juga memberi impak besar kepada masyarakat dan negara,” ujar MK.
Momen paling meriah adalah ketika majlis berbuka puasa di Nando’s, SOGO Kuala Lumpur, di mana Iman dan MK membuat persembahan istimewa demi memeriahkan lagi suasana.
Selain itu, mereka juga turut menyampaikan sumbangan duit raya bersama Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman dan Ketua Pegawai Operasi, Muhd Habibunajar Sazali.
Sementara itu, pengarah program ini merangkap Timbalan Naib Presiden Komunikasi Strategik, Dr. Muhammad Faizul Abd Hamid berkata, inisiatif ni merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang diadakan setiap tahun sejak penubuhan PTTI pada tahun 2015.
"Sebanyak RM10,000 telah disumbangkan untuk program ini, merangkumi pembelian kelengkapan hari raya bagi anak-anak RAF seperti pakaian, kasut dan sumbangan duit raya.” katanya.
Dengan semangat Ramadan, Santunan Ramadan: Berbagi Kebahagiaan bukan sekadar program CSR, tetapi satu inisiatif yang membawa sinar kegembiraan kepada mereka yang memerlukan, dengan harapan dapat menginspirasi lebih banyak pihak untuk berkongsi rezeki dan menyebarkan kebaikan.
Must-Watch Video