Imbasan CT penerjun negara, Ooi Tze Liang yang mengalami kecederaan semasa final acara papan anjal 3 meter lelaki Terbuka Malaysia di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, semalam, didapati dalam keadaan normal.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, beliau telah menghubungi Tze Liang, 30, yang mengalami luka di kepala selepas terhantuk papan anjal ketika melakukan terjunan kedua.
Memetik laporan dikongsikan Sinar Harian, semasa kejadian, Tze Liang bersaing bersama rakan sepasukan, Muhammad Syafiq Puteh, serta penerjun dari Jepun, New Zealand, Indonesia, Taiwan, dan Singapura. Kecederaan tersebut menyebabkan beliau tidak dapat meneruskan saingan dalam acara itu.
Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS) Andy Low, turut memaklumkan bahawa pihaknya sedang menunggu maklumat terkini daripada pegawai bertanggungjawab mengenai keadaan Tze Liang.