Episod pertama drama terbaharu Gempak Original Series, IMperfect telah pun ditayangkan semalam.

Dalam episod pertama menyaksikan Liza (Dolla Awanna) menghadiri temuduga sebagai Pembantu Peribadi Elena (Nia Atasha).

Sementara itu, Saga (Daniel Fong) dan Kak Ju (Linda Hashim) berjaya meyakinkan Elena untuk menerima Liza sebagai pembantu peribadi yang amat diperlukannya.

Beberapa bulan kemudian, Elena kehilangan satu kempen penting dan menyalahkan Liza padahal populariti Elena sendiri sebenarnya sudah semakin menurun.

Dalam usaha untuk mengembalikan semula populariti Elena, Liza berjaya mendapatkan satu ujibakat lakonan untuk sebuah filem.

Elena ke ujibakat itu dengan rakannya, tetapi berlaku kekecohan bila dia bertegang urat dengan pengarah filem berkenaan setelah pengarah itu mengkritik lakonannya.

Malangnya, satu video pertengkaran Elena dan pengarah tersebut semasa ujibakat itu tular di laman sosial. Liza berjaya menghentikan penyebaran lanjut video tersebut tetapi berita mengenainya telahpun diketahui ramai.

Di masa yang sama, bilangan dan penglibatan pengikut di media sosial Liza semakin meningkat bila dia menyiarkan sesuatu berkaitan dengan Elena

Semenjak itu, Liza mulai minat dengan kehidupan seorang pempengaruh media sosial seperti Elena.

Sementara itu, menerusi tinjauan Gempak di laman Twitter, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dengan sikap Elina yang berperwatakan ‘kekwat’.

@rradyaa: “Semua influncer ni memang macam Elina ke? Geram tengok”.

@zulzafri: “Elina ni dia berlakon baik je kalau depan sosial media”, antara komen penonton.

Bagaimanapun, ada juga penonton yang menyalahkan tindakan Liza yang merelakan dirinya menjadi pembantu peribadi kepada Elina.

@ZakwaiOoi: “Nak sangat jadi PA (Personal Assistant) ambil kau!”.

@Alfeeeeeq_: “Kenapa tak lantik saya je jadi PA?,” antara komen yang ditinggalkan.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Adakah impian Liza akan tercapai untuk memiliki kehidupan seperti Elina? Saksikan IMPerfect yang ditayangkan pada setiap Rabu, jam 9:30 malam mulai 28 September 2022 melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang fleksibel.