Laman Utama
Imran Aqil & Dahlia Rizal Bertunang, Netizen Restu! - “Allah Ganti Dengan Yang Lebih Baik..”
Pelakon dan penyampai radio Imran Aqil selamat disatukan dalam ikatan pertunangan bersama sahabat baiknya sendiri, pempengaruh Dahlia Rizal.
Menerusi laman sosial Twitter, Dahlia berkongsi status dirinya yang kini sudah ‘off the market’ pada satu majlis pertunangan tertutup yang diadakan pada Sabtu.
Off the market ??♀️
— indo mie (@DahliaRizal) August 21, 2022
Pada perkongsian di platform TikTok, seorang pengguna turut berkongsi momen sewaktu majlis pertunangan tersebut yang bertemakan warna merah jambu pastel.
Dahlia kelihatan cantik mengenakan kurung moden, persalinan yang sama dipakai oleh ibunya sewaktu bernikah dengan bapa tirinya.
Dalam pada itu, Imran, 23, yang merupakan bekas Hero Remaja tahun 2020 segak mengenakan baju batik rona yang sama sambil ditemani abangnya, aktor Nabil Aqil dan keluarga.
@nuranisaa88 Awwww bestie congratss ❤️❤️❤️ #imranaqil #dahliarizal #imran4dahlia #fyp ♬ Bahagia Bersamamu - Haico
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan rasa syukur akhirnya pasangan yang tidak pernah mencanang hubungan mereka ini mengikat tali pertunangan.
Malah, ramai juga yang mendoakan pasangan yang sama cantik, sama padan ini bahagia hingga ke syurga.
“@Tiqash:orang lain yang bertunang aku yang seronok lebih ni kenapa.”
“@senja:ni baru betul "Allah ganti dengan yang better person" punya definition.”
“@DeaNadira:i rarely care about people's life but this two, really shows us lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. I can see how gentle he is. both perfect.”
“@Diana Azhar:Dia senyum, kita pun tumpang happy sekali.”
“@:COMELNYAA! NAK NANGIS TENGOK DAHLIA HAPPY MCM NI, may Allah ease everything for them.”
Terdahulu, Imran pernah bertunang dengan isteri penyanyi Yonnyboii, Nik Nazira namun memutuskan ikatan tersebut pada September 2021.
Must-Watch Video