Kumpulan Indigo yang diberi tugasan menyampaikan lagu Hidup Dalam Mati nyanyian asal Syamel, pada minggu kelima Gegar Vaganza (GV)7, mula merasai tekanan dalam pertandingan realiti tersebut.

Indigo berkata, tugasan mereka pada minggu ini agak mencabar kerana lagu Hidup Dalam Mati bukan mudah untuk dinyanyikan kerana keynya yang tinggi.

“Lagu Syamel Hidup Dalam Mati ni memang buat kiteorang nak mati nyanyi lagu ni. Tapi kami akan cuba yang terbaik dan lari dari cara Syamel.

“Comfirm lain sebab Indigo suara tak husky macam Syamel. Kami sudah setkan harmoni pada bahagian tertentu lagu sahaja tengok pada kesesuaianya,” kata Indigo.

Tambah Indigo lagi, mereka juga akan menurunkan key lagu tersebut disebabkan oleh beberapa faktor.

“Ya, antaranya ialah, lagu tu key dia tinggi jadi atas faktor usia kami akan turunkan sedikit. Apapun minggu ini adalah minggu paling mencabar buat kami.


“Kami bersyukur kerana sampai ke minggu keempat dan harapan kami dapat mara ke minggu kelima pula,” kata Indigo positif.

Minggu lalu, perjalanan Indigo di GV7 hampir terhenti apabila berada di kedudukan paling rendah dengan markah sebanyak 50.60%.

[[BACA: Indigo Nyaris Tersingkir Di Minggu Ketiga GV7, Yantzen Masih Bertanding di GV7]]

Bagaimanapun Indigo menarik nafas lega apabila nama mereka masih diumumkan dalam segmen Ada Lagu Ada lagi oleh hos GV7, Jihan Muse dan Nabil Ahmad.

Jangan lupa saksikan Indigo dan 12 lagi bintang menyahut cabaran di minggu keempat GV7 bertemakan Lagu-Lagu Berhantu.

GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.