Seorang pegawai kerajaan yang dijangkiti wabak koronavirus (CoVid-19) telah dijatuhi hukuman tembak sampai mati di Korea Utara kerana ingkar arahan kuarantin.

Menurut laporan Daily Mail, hukuman dijatuhkan kerana individu tersebut dikatakan keluar mandi di tandas awam.

Korea Utara sebelum ini telah mengeluarkan rasmi berkenaan wabak yang sedang tular itu, dengan mengatakan individu dijangkiti dan keluar dari tempat kuarantin akan dibunuh.

Sementara individu tersebut yang telah dikuarantin dan diasingkan selepas disyaki dijangkiti koronavirus, mengingkari arahan tersebut.

Selain individu yang ditembak mati itu, seorang lagi pegawai kerajaan telah dihalau dan diarahkan tinggal di sebuah lading kerana menyembunyikan percutiaanya ke China.

Setakat ini belum ada pesakit positif koronavirus di Korea Utara