Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dan Orkestra Filharmonik Malaysia (Malaysian Philharmonic Orchestra - MPO) berusaha untuk memartabatkan landskap seni dan budaya Kuala Lumpur dengan mempersembahkan pelbagai konsert-konsert yang menarik untuk musim 2022.
Pada bulan Mei ini, raikan suasana perayaan Aidilfitri bersama MPO apabila orkestra ini memberikan penghormatan kepada salah seorang komposer legenda Malaysia, S. Atan, di dalam konsert bertajuk Cahaya Aidilfitri – A Tribute to S. Atan pada hari Sabtu, 14 Mei 2022, jam 8:30 malam.
Dipimpin oleh konduktor Ahmad Muriz Che Rose dan juga menampilkan artis-artis lagenda Malaysia seperti Dato’ Jamal Abdillah, Jay Jay dan Azlina Aziz, saksikan mereka berganding bahu bersama MPO untuk mempersembahkan rendisi simfonik lagu-lagu raya ikonik ciptaan S. Atan seperti Cahaya Aidilfitri, Dari Jauh Ku Pohon Maaf, Joget Hari Raya dan Salam Aidilfitri.
Seterusnya, peminat-peminat R&B dan Hip-hop tempatan pasti akan teruja kerana Ruffedge akhirnya akan mengadakan konsert pertama mereka di DFP pada hari Sabtu, 2 Julai 2022, jam 8:30 malam.
Konsert yang diberi tajuk Ruffera ini akan menyaksikan kumpulan popular itu membawa peminat-peminat mereka menyusuri memori di DFP dengan mempersembahkan lagu-lagu hit mereka seperti Tiada Lagi Cinta, Bila Rindu, Tipah Tertipu, Lemas dan Da Bomb.
Akhirnya, penyanyi pop lagenda Malaysia, Datuk Aishah akan menyertai MPO yang dipimpin oleh konduktor Ahmad Muriz Che Rose, di dalam konsert solo beliau bertajuk Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous pada hari Sabtu, 6 Ogos 2022, jam 8:30 malam di DFP.
Saksikan Aishah mempamerkan vokal hebatnya dengan mempersembahkan pelbagai nyanyian lagu-lagunya yang popular seperti Seloka Rindu, Fatwa Pujangga, Kemaafan Dendam Yang Terindah, Janji Manismu dan Camar Yang Pulang. Lagu-lagu ini akan diberikan nafas simfonik yang baru oleh MPO. Konsert ini akan dipimpin oleh konduktor, Ahmad Muriz Che Rose.
Kesemua konsert ini pernah dijadualkan untuk musim 2020 konsert DFP sebelum ini tetapi terpaksa dibatalkan akibat pandemik Covid-19.
Namun, ianya dianjurkan semula disebabkan oleh sokongan dan permintaan peminat-peminat yang mahukan konsert-konsert ini diadakan. Untuk maklumat lanjut mengenai konsert-konsert ini, layari laman web DFP, www.dfp.com.my/2022season.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan konsert-konsert menarik ini, hanya di DFP!
Semak maklumat lengkap mengenai konsert di DFP tahun ini.
Harga Tiket (Cahaya Aidilfitri – A Tribute to S. Atan)
Premium: RM329, A Reserve: RM219, B Reserve: RM153 dan C Reserve: RM109
Suite: RM526 & RM592
Harga Tiket (Ruffera)
Premium: RM200, A Reserve: RM180, B Reserve: RM140 dan C Reserve: RM100
Suite: RM320 & RM360
(Tiket akan dijual kelak.)
Harga Tiket (Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous)
Premium: RM329, A Reserve: RM219, B Reserve: RM153 dan C Reserve: RM109
Suite: RM526 & RM592
(Tiket akan dijual kelak.)
Amri Hassan
Mon Apr 11 2022


Bukan Sewa, Lisa Blackpink Didakwa Naik Jet Peribadi Dengan V BTS & Park Bo Gum
Lisa, V dan Bo Gum kini berada di Paris.

“From Pelakon Kayu Jadi Hawkeye Tanah Melayu” - Fattah Amin Trending, Lakonan & Skill Silat Dipuji Mantap!
Ramai yang crush dengan watak Awang. Tahniah Fattah Amin, lakonan mantap!

“Demi Allah Saya Tidak Menumbuk, Memijak dan Menendang…” Sharnaaz Ahmad Jawab Isu Direman Polis
Akirnya Sharnaaz tampil bersuara

Tahun 2007 Kahwin Dengan Menara Eiffel, Sekarang Jatuh Cinta Pada Pagar
Alamak jatuh cinta dengan pagar pula dah.

Hyun Bin Dah Nak Jadi Bapa, Son Ye Jin Umum Hamil Anak Sulung
Tahniah BinJin Couple, lovenya!

Ronaldinho Datang Rumah Raffi Ahmad, Siap Lepak Makan Bakso & Cendol!
Wow, BFF!

Ratu Ten Pin Kembali Dengan Kisah Benar Ratu Boling Negara, Shalin Zulkifli
Mesti best sebab kisah benar

“Saya Pendam Lebih Dari 10 Tahun…” Nikki Palikat Dedah Kisah Di Sebalik Perceraiannya Dengan Audi Mok
Ini kisah sebenarnya...

#HisteriaTheSeries: Apa Barang Yang Ditanam Oleh Pengawal Sekolah? Jalin Hubungan Dengan Cikgu, Vanidah Pula Dirasuk!
Makin mendebarkan!

“Syahmi Cukup Berani Bawakan Tema Sebegini” - Penonton 35mm Puji Keberanian Pengarah Bawakan Tema Berbeza Untuk Filem
Memang terbaik Syahmi!