Laman Utama
“Influencer, Selebriti & Orang Tak Ada Ramai Followers Sekali Pun Jangan Berdiam Diri” - Uyaina Arshad
Ramai selebriti tempatan sudah mula berkongsi sokongan terhadap Palestin di media sosial termasuklah pengacara dan pelakon Uyaina Arshad.
Uyaina menerusi laman Instagram miliknya mengajak semua orang untuk terus bersuara mengenai peperangan yang berlaku di negara bergolak itu.
“Influencer ke selebriti ke atau orang yang tak ada ramai followers sekali pun jangan berdiam diri tentang peperangan ini. Ini sebenarnya adalah tanggungjawab kita bersama bukan hanya kerana agama, tetapi atas dasar kemanusiaan.
“Jangan kata ‘tak nak masuk campur’ atau ‘tak nak pilih pihak’. Setiap satu daripada suara kita akan dan mampu mencipta gelombang yang mampu melawan #Israhell di alam maya.
“Kerana sekali kita memilih untuk berdiam, kita dah termakan dengan propaganda #Israhell yang memang nak masyarakat dunia diam dan tak memberikan apa-apa perhatian terharap Palestin,” kongsinya.
Pada perkongsian yang sama, Uyaina juga memohon kepada mana-mana pihak yang berkemampuan untuk menyalurkan bantuan kepada Palestin selain titipkan doa buat mereka di sana.
“Teruskan menyebar tentang kekejaman #Israhell , teruskan berkongsi dan bercerita tentang kesakitan, kehilangan dan kematian yang berlaku di Palestin.
“Kepada yang lebih berkemampuan, boleh salurkan bantuan kepada mereka di Palestin. Ada banyak agensi yang memberi bantuan kepada mereka. Ada juga link di bio saya kalau ada yang teringin nak menyumbang.
“Tapi paling utama, titipkan doa buat mereka di bumi #Palestin. Semoga kemelut ini akan berakhir,” ujarnya.
Must-Watch Video