Laman Utama

Ingat Adik Lutfi? 3 Kali Line Putus Tempat Bacaan Ayat Al-Quran Sama? Kali Ini Geng Ngaji Muncul Lagi! Bakal Menampilkan…

Hanafis Haris
09/04/2022
06:58 MYT

Seperti tidak lengkap rasanya menyambut Ramadan jika tidak menonton program interaktif Geng Ngaji.

Setiap tahun pastinya ramai pemanggil termasuk penonton yang mendapat manfaat dan ilmu dengan membaca Al-Quran menerusi panggilan telefon dan Skype.

Malah, saban tahun ada saja gelagat dan telatah anak kecil yang viral menerusi Geng Ngaji.

Siapa boleh lupa kegigihan seorang kanak-kanak untuk menyambung kembali bacaan Al-Quran selepas talian telefon terputus menjadi tular di media sosial.

Penelefon cilik bernama Muhammad Lutfi Rabbani yang berusia 9 tahun itu tidak putus asa menghubungi kembali studio Geng Ngaji namun panggilannya terputus kembali di tempat bacaan yang sama sebanyak tiga kali.

BACA : 3 Kali Line Putus Tempat Bacaan Ayat Al-Quran Sama, Adik Lutfi Gigih Nak Sambung Cuit Hati Netizen

Jadi, pastinya penonton tidak sabar untuk menonton musim ketiga ini bukan?

Antara kelebihan kali ini adalah Geng Ngaji musim ketiga akan meraikan penonton cilik yang sukakan Geng Ngaji.

Selain itu, edisi kali ini akan menampilkan qari dan qariah cilik yang berbakat di Malaysia

Selain memberi peluang kepada jemputan cilik belajar menyampaikan info secara live, musim kali ini juga bakal menarik minat penonton dewasa untuk melihat telatah si cilik, sekali gus menghargai semua peringkat umur menyayangi Al-Quran.

Untuk episod Cilik Celik Al-Quran ini akan menampilkan dua kanak-kanak berbakat besar iaitu Muhammad Haneef Mohd Kamaruzaman dan Syifa Ulya Mohd Annuar Syafiq.

Anda boleh lihat biodata jemputan cilik untuk episod hari ini yang ditayangkan di Astro Oasis setiap Sabtu jam 5.30 petang.

Nama: Muhammad Haneef bin Mohd Kamaruzaman

Umur: 13 Tahun

Akademik: Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya (SMAPUTRA)

Anak sulong drp 5 orang adik-beradik

Pencapaian:

1. Johan Tilawah AlQuran Siber Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Putrajaya 2021 Kementerian Pendidikan Malaysia

2. Tempat Ketiga Tilawah AlQuran Siber 2020 Peringkat Kebangsaan Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

3. Johan Tilawah Al Quran sekolah Rendah(lelaki) MTQSS peringkat Negeri Selangor Tahun 2019 Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

4. Naib Johan Hafazan MTQSS Peringkat Negeri Selangor 2018 Sekolah Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

5. Solo Terbaik Festival nasyid sekolah-sekolah Peringkat Daerah Sepang Tahun 2018 sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

6. Naib Johan Festival nasyid sekolah Rendah Peringkat Daerah Sepang Tahun 2018 sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

7. Johan Tilawah Al Quran Tahun 2019 Anjuran Maalimut Tanzeel Putrajaya

8. Pemenang mingguan rancangan Tilawah Interaktif Anjuran Rancangan Televisyen Malaysia (RTM) TV 1

Nama: Syifa Ulya binti Mohd Annuar Syafiq

Tarikh Lahir: 27 Mei 2012

Bilangan Adik beradik : 3 org (sulung)

Maklumat sekolah :

1. Pra Sekolah Al Baghdadi Saujana Impian.

2. Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Sains , Kajang Perdana 43000 Kajang, Selangor.

Pencapaian:

Peserta Program Tahfiz Muda Musim Ke 2

Finalis Tilawah Antarabangsa Tijan Nur Qatar 2021

Topic Berkaitan
Must-Watch Video