Berita

“Ingat Aku Ni Kilang Biskut?”- Johan Minta Tambah Anak, Ini Jawapan Ozlynn

gempak
Syafiqah Jalal
16/01/2020
03:11 MYT
Sponsor Banner
“Ingat Aku Ni Kilang Biskut?”- Johan Minta Tambah Anak, Ini Jawapan Ozlynn
Pelakon Ozlynn mendedahkan suaminya, Johan Raja Lawak telah menyatakan hasratnya mahu menimang seorang lagi cahaya mata.
Ozlynn bagaimana pun masih mempertimbangkan permintaan suaminya yang mahu menambah seorang lagi anak perempuan.
“Korang suka tak anak ramai? Aku suka tapi tanggungjawab kena seiring la. Jangan reti beranak je lepas tu terbiar. “Untuk aku nak beranak siket ke banyak bergantung pada individu. Ada orang cakap anak ni rezeki tapi perlulah dijaga dengan baik kerana tanggungjawab besar.
“Nak mendidik kita perlu membimbing, bukan mengarah. Banyak aku belajar.
“Saja lah nak tanya, patut ke aku dengar cakap laki aku suruh mengandung lagi?” Tulisnya.
Ozlyn berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu dia memuat naik fotonya bersama keluarga dan kelima-lima anaknya.
Menurut Ozlyn, dia perlu memikirkan perancangan untuk membesarkan anak-anaknya bila dia dan suami sudah tua.
“Aku kalau boleh tak mahu umur 50 tahun tapi anak masih sekolah lagi.
“Aku suka fikir banyak perkara seperti sempat ke nak tengok anak kahwin? Jauh sangatkan fikir?” Katanya lagi.
Rata-rata suka melihat kebahagian keluarga tersebut dan mencadangkan Ozlynn menambah cahaya mata lagi melengkapkan tiga orang lelaki dan tiga orang perempuan.
Perkahwinan Ozlynn dan Johan dikurniakan lima orang cahaya mata, Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq dan Moleiq.
NYAWA... selalu jumpa makcik2 mesti dorg akan ckp.. bagus muda2 dh anak berderet.. tp kalau tanya laki aku jawapan dia “Sayang, kalau u pregnant lagi mesti best kan.. skali dpt girl.. dah cukup dpt 3 laki 3 pompuan..” dlm hati aku.. “ehh ehhh org tua nih.. dia ingat aku nih kilang biskut?? Tekap dpt tekap dpt..” kalau nak ikutkan 7org dh anak ktorg.. 2 dh standby tunggu ktorg.. xde rezeki nak peluk kt sini.. korg suka x anak ramai.. aku suka.. tp tanggung jawap kena seiring la.. jgn reti beranak jek pastu anak terbiar.. pantang betul aku..utk aku nak beranak ramai ke sikit ke bergantung pada individu.. ada org ckp anak nih pun rezeki jugak.. iyeee anak rezeki.. so kena jaga.. tanggungjwp kita bukan setakat besarkan, bg makan pakai.. tanggungjwp kita besar.. sb anak2 nih wujud sb kita yg nak.. so Allah bg.. jgn diabaikan.. nak mendidik kita perlu membimbing.. bukan mengarah.. byk aku belajar.. setiap anak byk benda baru aku dpt.. dgn anak la aku belajar segalanya.. semakin hari semakin positif dan kami belajar utk jadi yg lebih baik.. penat?? Yes!! Tapi berbaloi.. aku happy, bersyukur! So saja la nak tanya.. kalau korg la kan.. patut ke aku dgr ckp laki aku suh ngandung lagik.. aku kalau boleh xmo umur 50.. anak aku masih skolah lagik..aku suka pikir byk benda.. mcm sempat ke tgk anak kawin.. ?? tah pape tah kan aku.. ke korg pun sama?? Share la..
A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live