Laman Utama

“Ingat Orang Lain Tak Payah Rehat?” - Netizen Kritik Sikap Vida Suka Shopping Ketika Kedai Dah Tutup

gempak
Izwan Isa
25/05/2022
02:50 MYT
Sponsor Banner
“Ingat Orang Lain Tak Payah Rehat?” - Netizen Kritik Sikap Vida Suka Shopping Ketika Kedai Dah Tutup
Umum mengetahui bahawa pengusaha kosmetik dan selebriti media sosial, Datuk Seri Vida gemar berbelanja.
Hal ini dapat dilihat menerusi koleksi pakaian dan juga aksesori fesyen yang dimilikinya seperti tas tangan dan kasut.
Vida juga pernah membeli-belah di sebuah butik jenama fesyen terkemuka dunia pada larut malam hal itu viral di media sosial suatu ketika dahulu.
Terbaharu, Vida sekali lagi memuat naik video yang memperlihatkan keinginannya untuk membeli-belah pada waktu malam, dan ketika butik-butik fesyen telah pun ditutup.
“Nak shopping tapi kedai dah tutup,” tulisnya.
Pun begitu, perkongsian Vida yang dilihat ‘kemaruk’ ingin membeli-belah mendapat maklum balas negatif dalam kalangan pengikutnya.
“Mereka pun nak balik ontime juga Datuk Sri. Ada family kat rumah duk tunggu mereka. Kalau mereka layan Datuk Seri yang sengaja lewat-lewat pergi shopping, penat tu bertambah-tambah.”
“Suka sangat shopping waktu kedai dah tutup, ingat orang lain tak payah rehat? Sebab awak tu VVIP boleh buat apa yang awak suka?”
“Nak shopping apa lagi Datuk, dah tinggi menggunung beg-beg kat rumah tu?”
Begitupun, ada seorang pengguna media sosial memberitahu bahawa pelanggan yang suka datang sebelum kedai ditutup adalah satu hal yang kurang disenangi dalam kalangan pekerja.
“Saya pernah kerja dalam mall macam ni. Bila habis waktu kerja kita cepat-cepat nak closing sebab rindu nak balik rumah dan rehat. Kalau customer datang last minute rasa macam nak marahnya,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024