Tidak dinafikan antara cabaran utama menghasilkan filem Chomel adalah untuk mengawal pelakon utamanya iaitu haiwan kucing.

Bayangkan, produksi terpaksa menggunakan beg kesukaan kucing itu untuk menarik minatnya bergerak aktif.

Malah, penonton kini boleh menyaksikan sendiri perbezaan pergerakan kucing ini menerusi video di sebalik tabir.

Menerusi video dimuat naik di Instagram Astro Shaw, dapat dilihat pergerakan kucing ini tidak menentu dan di luar jangkaan.

Ada juga babak yang seolah kucing ini tiada mood untuk mengikut arahan!

“Korang tengok lah ni ingat senang ke nak arah Chomel berlakon.

“Kalau mood tak okay min rasa dia tidur je kat situ,” kata pengendali akaun tersebut.

Anda boleh lihat video perbandingan itu di bawah.

Apapun jangan lupa saksikan filem Chomel yang telah pun berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First.

Sekadar info, kisah Chomel bermula apabila seorang kanak-kanak perempuan bernama Mimi berasa kesunyian setelah pemergian ibunya dan keluarganya berpecah-belah.

Mimi tekad untuk menjadi kawan kepada ‘Diva Girlz’ untuk mengisi kesunyiannya, namun gagal. Keadaan berubah apabila Mimi berjumpa Chomel.

Mimi merasakan satu peluang atau jalan untuk dia dapat berkawan dengan Diva Girlz.

Keadaan menjadi rumit apabila ayah Mimi sering kali didesak oleh nenek Mimi (ibu mertua) menuntut hak penjagaan terhadap Mimi dan kakaknya, Nora, disebabkan nenek Mimi merasakan ayahnya tidak mampu menyara masa depan mereka.

Kehadiran si Chomel memberikan harapan Mimi bergelut cuba memperbaiki keadaan keluarga mereka.

Chomel mempertaruhkan gandingan pelakon hebat seperti Pelakon Filem Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 dan Pelakon Harapan Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-22 iatu Zahiril Adzim, Azizah Mahzan bersama pelakon muda Airiezara Jasmin, Yuyun Hikmah, Aniq Suhair.

Selain itu turut menampilkan penampilan istimewa, Aziz M. Osman, Adibah Noor, Douglas Lim, Gavin Yap dan penyampai radio di Era, Zahier Yusoff.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.