Bila terlalu sibuk bekerja, kadang-kala terlupa yang kita ada simpan makanan di dalam peti sejuk terlalu lama sehingga rosak dan berbau busuk.

Biarpun makanan dalam peti sejuk boleh menjamin kesegarannya agar tidak mudah rosak dan tahan lama namun, pada masa tertentu, tidak semua yang sesuai disimpan untuk disimpan.

Ini senarai 10 jenis makanan anda perlu tahu;

#1. Bawang besar


Seperti kentang, bawang yang belum dikupas mesti disimpan di tempat yang kering. Ia memerlukan tempat mempunyai pengudaraan yang baik.

Bahagian dalam peti sejuk yang lembap boleh menyebabkan ia bawang besar cepat rosak. Jadi, lebih baik menyimpannya di rak yang terbuka.

Bawang besar yang sudah dikupas tetapi tidak terus digunakan boleh disimpan di dalam peti sejuk tetapi anda perlu menggunakannya dalam masa dua hari.

#2. Bawang putih


Bawang putih juga perlu disimpan di tempat yang sejuk dan kering. Letakkannya di dalam bekas terbuka atau rak yang membolehkan peredaran udara.

Suhu rendah peti sejuk boleh mengubah rasa bawang putih manakala pengudaraan yang lemah boleh menyebabkan mudah busuk. Simpan di luar, bawang putih boleh bertahan sehingga dua bulan.

#3. Labu


Labu mentah boleh disimpan pada suhu bilik selama beberapa minggu tanpa diletakkan dalam peti sejuk asalkan ia terlindung daripada cahaya matahari langsung. Jangan simpan di dalam peti ais melainkan ia sudah dikupas.

Jika sudah dipotong atau dikupas, ia boleh disimpan di bahagian chiller peti sejuk sehingga lima hari. Jadikan stok frozen memberikan labu jangka hayat yang lebih lama!

#4. Tomato


Tomato muda selalunya disimpan di dalam peti sejuk kerana orang ramai percaya ia membantu mengekalkan kesegaran lebih lama. Bagaimanapun, tomato sebenarnya sensitif kepada suhu sejuk.

Apabila disimpan di dalam peti sejuk, suhu yang rendah boleh menyebabkan tomato menjadi hilang rasa dan teksturnya. Atas sebab ini, lebih baik menyimpannya di dalam rak penyimpanan di luar.

Namun jika terlalu banyak tomato ranum, anda perlu membekukan bagi memanjangkan jangka hayat. Sebelum membekukannya, cuci dan keringkan. Kemudian potong kepada bentuk kepingan atau belah dua dan letakkannya di atas lapisan kertas alas. Setelah beku, ia boleh disimpan dalam bekas dengan penutup.

#5. Roti


Apabila kita menyimpan roti di dalam peti sejuk, ia menjadi kering. Ia berlaku susulan proses retrogradasi yang mana molekul kanji menjadi kristal dan mengeras.

Untuk memastikan roti lembut dan tahan lama, penting untuk anda menyimpannya di tempat yang sejuk serta kering.

Sekiranya mahu membuat stok frozen, bungkus roti secara berasingan supaya ia tidak melekat. Lebih baik disimpan dalam beg kertas kerana beg plastik boleh menjadikan roti lembap.

#6. Pisang


Pisang hendaklah disimpan pada suhu bilik sehingga masak sepenuhnya. Selepas itu, baharulah boleh diletakkan di dalam peti sejuk untuk memanjangkan jangka hayatnya.

Pun begitu, menyimpan pisang di dalam peti sejuk boleh menyebabkan kulitnya menjadi gelap atau lebam. Tetapi ini tidak bermakna buah itu rosak.

#7. Avokado


Begitu juga dengan avokado, hanya yang masak ranum boleh disimpan di dalam peti sejuk manakala yang masih belum matang elok diletakkan pada suhu bilik sehingga masak.

#8. Tembikai


Tembikai atau apa jua buah daripada keluarga ‘melon’ harus diletakkan pada suhu bilik sehingga dipotong.

Penyelidikan terkini mendapati membiarkan ia pada suhu bilik membantu mengekalkan antioksidan yang utuh. Setelah dipotong, ia boleh disimpan di dalam peti sejuk tidak lebih dari empat hari.

#9. Buah-buahan tropika


Nanas, kiwi, mangga dan buah-buahan yang tempatan memerlukan cahaya dan haba untuk matang. Jika tidak, ia boleh kehilangan nutrien.

Setelah masak ranum, baharu boleh diletakkan di dalam peti sejuk untuk memanjangkan jangka hayat.

#10. Madu


Madu akan berubah teksturnya apabila diletakkan pada suhu rendah. Ia adalah makanan yang tahan lama, maka tidak disimpan di dalam peti sejuk. Apa yang anda perlu lakukan ialah memastikan bekasnya sentiasa tertutup rapat.

Sumber - Sinarplus

Kredit foto: Pexels