Berita

"Ingatkan Main-Main, Rupanya Betul" - Michael Ang Buat Kuih Bakul Selepas Ada Orang Sanggup Bayar RM1,500 Sebiji

gempak
ZULHILMI JALIL
05/05/2020
06:11 MYT
Sponsor Banner
"Ingatkan Main-Main, Rupanya Betul" - Michael Ang Buat Kuih Bakul Selepas Ada Orang Sanggup Bayar RM1,500 Sebiji
Pengarah dan penerbit Michael Ang mendedahkan bahawa terdapat individu yang sanggup membayarnya RM1,500 sebiji untuk menghasilkan kuih bakul.
Menurut Michael, individu berkenaan sanggup membayar harga 'gila' tersebut semata-mata mahu merasa sendiri air tangan masakannya.
"Salam semua! Kita buat kuih bakul lagi malam ni sebab ada dua orang sanggup bayar RM1500 sebiji sebab nak rasa air tangan kita.
"Ingatkan main-main, rupanya betul. Duit pun dah dalam bank. Jadi, gilalah aku tak buat! Okay siapa nak order? Mampu ke zaman Covid-19 ni! hehehe, Love you all dan stay safe!," katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Dalam posting tersebut, Michael memuat naik video dirinya sedang menyediakan persiapan untuk membuat kuih bakul tersebut.
"Ini kuih bakul semalam, tinggal satu, lagi satu Ryan dah makan. Hari ini buat lagi dua sebab ada dua orang tempah..
"Gila aku tak nak buat orang bayar RM1,500 sebiji! Kau ingat senang, saya tak boleh tidur satu malam tau," katanya.
Terdahulu, Michael yang menghasilkan kuih bakul sebagai salah satu juadahnya di bulan Ramadan.
"Setelah lima jam jaga air dan api inilah hasilnya. Nama ni Kuih Bakul Nyonya! Harap-harap rasanya menjadilah," katanya yang mengakui proses menghasilkan kuih tersebut agak rumit.
Perkongsian Michael itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya mengenai kuih tradisional.
Bahkan, ada juga dalam kalangan rakan industri sendiri bertanyakan sama ada Michael menjualnya atau pun tidak.
Harga kuih bakul lazimnya dijual pada harga RM10 hingga RM25 mengikut berat.
Dalam pada itu, jangan lupa saksikan drama arahan Michael Ang di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live