Mereka bukannya dihimpit kemiskinan, jauh sekali dihalau oleh keluarga masing-masing.
Namun bagi pasangan suami isteri muda ini bersama tiga orang anaknya yang masih kecil, mereka memilih untuk tinggal di dalam hutan kerana ingin berdikari tanpa menyusahkan mana-mana pihak.
Ahmad Ridzuan Yaacob, 26, dan isterinya Nor Hidayah Sahazan, 23, berkata resipi buat mereka bertahan sehingga kekal setahun tinggal di dalam hutan berhampiran Kuala Tualak, Kuala Nerang, Kedah adalah keserasian, kebahagiaan dan penerapan kasih sayang di antara mereka berdua.
Ahmad Ridzuan berkata, dia memilih tempat ini sebagai tempat tinggal mereka kerana terdapat punca air di situ di samping kawasan hutan mereka tinggal sekarang merupakan kawasan tanah yang dijagai oleh neneknya sebelum ini.
Jarang sekali bagi mana-mana pasangan seusia muda begini sanggup berkorban hidup serba kekurangan tanpa kemudahan elektrik dan bekalan air paip, dan pada mulanya hanya tinggal di dangau kecil.
Kini pasangan itu bahagia di dalam hutan bersama tiga anak mereka Putera Danny Quefiq, 6, Puteri Dannysha Queyllyaa, 4, dan Iman Muhammad Naufal Fath, 18 bulan.
Nor Hidayah berasal dari Pulau Pinang kini mengandung lagi dan bakal melahirkan cahaya mata yang keempat dalam tempoh empat bulan lagi.
"Saya sanggup meninggalkan ibu bapa dan menetap di dalam hutan kerana saya lebih menyayangi suami dan keluarga saya dan hutan ini merupakan punca rezeki bagi kami," ujar Nor Hidayah.
Dangau kecil yang mereka bina dahulu kini telahpun diubahsuai menjadi dangau tiga tingkat yang diperbuat daripada batang kayu dan buluh.
Dengan jarak lima kilometer dari jalan besar dan menghampiri ke kediaman mereka dengan jalan tanah merah yang licin, agar sukar bagi kebanyakkan orang untuk terus menetap di situ.
Bagi menyelami isi hati pasangan ini, terhadap tindakan mereka tinggal di dalam hutan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Badrul Hisham Hashim menziarahi pasangan terbabit.
Badrul Hisham menawarkan kepada pasangan terbabit rumah dalam Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), namun mereka menolaknya dan meminta mana-mana pihak yang ingin membantu agar dapat membina rumah di tempat mereka tinggal sekarang.
"Bagi saya inilah pengorbanan cinta yang suci ditunjukkan oleh pasangan ini dan saya yakin ramai tak mampu untuk berkorban seperti ini.
"Saya ingin membantu mereka untuk menempatkan mereka di rumah PPRT di Kuala Nerang namun Ridzuan tidak mahu dan berkata dia rela menetap di dalam hutan," ujarnya lagi.
Sumber: Astro Awani
Kamaruddin Razal
Wed Sep 20 2017
Aaron Aziz Enggan Ulas Kontroversi Aliff Aziz - “Saya Harap Masalah Itu Tak Jejaskan Peluang…”
Aaron harap isu itu tak jejas peluang orang lain.
Undian Dibuka, Lee Weng Foong, Aliff Ahmad, Saharuddin Amirullah & Aleeya Zailan Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Undian bagi kategori Wonda Coffee Keluang Man Of The Month telah pun dibuka secara rasmi kepada umum.
Majikan Beri 10 Hari 'Cuti Sedih' Setahun - "Mereka Boleh Berehat... Tenangkan Perasaan"
Sekiranya anda salah seorang pekerja di pasar raya Fat Dong Lai di China, anda layak mendapat 'cuti sedih' selama 10 hari dalam tempoh setahun.
Influencer Kena Kecam Pakai Mentega Jadi Asas Solekan - "Ia Beri Kemasan Seperti Kulit Berembun..."
Seorang pesohor media sosial mengundang kontroversi kerana menggunakan mentega sebagai bahan asas solekan, lapor laman berita Wion News.
Seluar Jeans Bertompok Macam Kesan Kencing Dijual RM3,871
Sebuah jenama fesyen mewah memperkenalkan rekaan seluar jean yang kelihatan seperti mempunyai kesan tompokan air kecil di bahagian hadapan
Gagal Dua Kali Perkahwinan, Sharifah Sakinah - “Sudah Tentu Ada Baik Buruknya…”
Setiap perkahwinan ada cabarannya.
Madinah Dilanda Bah, Jalan & Sekolah Ditutup
Bahagian Utara Arab Saudi dilaporkan berdepan bencana alam teruk apabila dilanda bah akibat hujan lebat sejak Isnin. Menerusi laporan NewArab.com, Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NCM) menutup jalan raya dan sekolah selepas banjir kilat melanda wilayah Al-Ula dan Madina. Rakaman Sky News dan foto yang beredar di media sosial menyaksikan banyak
"Rasa Seperti Satu Penghinaan" - Riezman Khuzaimi Terkilan, Terima Tawaran Berlakon Serendah RM150 Sehari
Pelakon Riezman Khuzaimi turut terkesan apabila pernah menerima tawaran berlakon serendah RM150 sehari daripada produksi tempatan.
Hampir Mati! David Teo Dakwa Disihir Keluarga Terdekat - "Ustaz Kata Individu Itu Hantar Lintah Ke Dalam Badan"
Penerbit terkenal tanah air, David Teo mendakwa pernah disihir oleh ahli keluarga sendiri sehingga hampir meragut nyawanya. Menurut David, simptom-simptom dirinya disihir berlaku selepas menghadiri majlis pengebumian mendiang bapanya di Segamat, Johor, enam tahun lalu. "Dua minggu selepas balik dari Segamat, saya mula tak dapat tidur dan pening
Sheriff: “Selepas Lebih 10 Filem, Dapat Juga Merasa Trending” - Syafiq Yusof
Alhamdulillah, tahniah Syafiq.