Apabila bercakap mengenai telefon pintar yang berkeupayaan untuk melaksanakan pelbagai jenis rutin harian, sudah pasti ramai dalam kalangan pengguna membayangkan peranti tersebut sebagai sebuah peranti andalan.

Namun, percaya atau tidak jika anda boleh memiliki sebuah peranti yang mampu merakamkan gambar pada waktu malam dengan jelas dan terang, menjalankan aplikasi bagi tugas multitasking dan yang paling penting menghidupkan permainan video tanpa sebarang masalah pada harga mampu milik?

Segala yang disebutkan tadi ada pada Galaxy S23 FE. Nak tahu kenapa peranti ini wajib menjadi peranti harian anda?

Jom semak!

Gambar yang diambil pada waktu malam lebih jelas, terang
Fungsi kamera pada telefon pintar bukan sekadar merakam gambar dan video semata-mata, malah, seiring pembangunan teknologi, ciri-ciri gred teratas yang ada pada sesebuah kamera juga sering dipertimbangkan pengguna sebelum membeli sesebuah telefon pintar.



Tiada lagi masalah gambar malam yang suram, Galaxy S23 FE mampu menghasilkan gambar yang lebih terang dan tajam menerusi kebolehan Nightography. Lensa kamera lebar sebesar 50 megapixel an kamera depan dual pixel pula mampu merakamkan foto dan video potrait yang terang dan penuh perincian. Galaxy S23 FE turut dilengkapi fungsi Single Take, Pro dan mode Pro Video, Director’s Views serta keupayaan 3x zoom optikal.

Pengalaman bermain permainan video lebih lancar
Bagi penggemar permainan video, Samsung Galaxy S23 FE mempunyai 3.9 kali lebih besar berbanding model terdahulu bagi mengawal kadar kehangatan peranti, termasuk menguruskan prestasi bateri.



Cip pemprosesan Exynos 2200 juga cukup berkuasa dalam menyokong fungsi Ray Tracing yang memimik pergerakan cahaya sebenar bagi mewujudkan ruang permainan yang lebih realistik dan mengasyikkan. Selain itu, Samsung Galaxy S23 FE juga disertakan dengan Vision Booster bagi menyediakan visual yang lebih cerah, sungguhpun anda sedang menggunakan peranti di luar.

Rekaan peranti yang menawan
Mengikuti acuan peranti andalan Galaxy S23, rekaan Galaxy S23 FE boleh dikategorikan sebagai malar segar, dan dibina daripada kaca dan besi premium jenis CMF. Galaxy S23 FE ini juga melepasi piawaian kalis air IP68.

Caranya mudah sahaja, sambungkn peranti anda pada tablet seperti Tab S9 FE, monitor atau televisyen untuk layar tontonan yang lebih besar. Hal ini bukan sahaja dapat menaiktaraf tugas multitasking ke level yang lebih tinggi, malah kebolehan drag & drop antara dua peranti juga menjadi lebih mudah.

Dapatkan ganjaran sehingga RM1,150 menerusi Epic Rewards apabila anda membeli Samsung Galaxy S23 FE.

- Sertai #GalaxyTroop menerusi pautan ini dan nikmati rebat segera bernilai RM500.
- Gandakan ruang storan anda secara percuma jika anda membeli Galaxy S23 FE varian 256GB. Naik taraf ini bernilai RM300.
- Jimat sehingga RM350 untuk trade-in istimewa.
- Diskaun sehingga 30 peratus untuk pembelian-dengan-pembelian Samsung Care+ dan Buds Galaxy terpilih dan Aksesori Samsung
- Tempoh ganjaran dilanjutkan sehingga 31 Disember 2023