Laman Utama
“Ini Bukan Kemenangan, Ini Permulaan” - Pakar Motivasi Lega Papan Iklan Lucah Tepi Lebuh Raya Diturunkan!
Pakar motivasi dan YouTuber popular, Akhi Fairuz Al-Jengkawi lega apabila papan iklan yang mempamerkan maksud double meaning dan lucah di tepi lebuh raya telah diturunkan pihak berkuasa.
Kata Fairuz, tindakan itu wajar bagi membendung normalisasi kelucahan secara nyata dan media sosial.
"Terima kasih Majlis Perbandaran Selayang. Ini bukan satu kemenangan, tapi satu permulaan.
"Ingat, saya tak bicarakan bab produk overclaimed, ada atau tidak kelulusan naikkan billboard di tepi-tepi jalan. Itu biarlah pihak yang berautoriti jalankan tugasnya.
"Yang saya ketengahkan adalah melawan sebarang normalisasi kelucahan yang terdapat di dunia nyata mahupun media sosial setakat yang termampu," katanya.
Papan iklan yang tertulis perkataan yang membawa maksud tersirat merujuk kepada buah dada wanita itu mendapat bantahan ramai terutama pengguna lebuhraya berkenaan.From this. To this. pic.twitter.com/0ES3tmrdls— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) December 17, 2020
Malah, terdahulu Fairuz tampil menegur papan iklan sabun lelaki yang membawa maksud tersirat perlakuan onani yang turut didirikan di bahu lebuh raya.
Must-Watch Video