Berita
“Ini Bukan Lompatan Biasa Dan...”- Atlet Penerjun Negara Puji Ray & Hanif Berani Terjun 10 Meter
Penyampai radio Era, Ray dan Hanif berjaya membuktikan keberanian mereka untuk membuat terjunan setinggi 10 meter (m) di Pusat Akuatik, Shah Alam semalam.
Pada mulanya, Haniff dan Ray tidak yakin dengan kemampuan untuk membuat terjunan, bagaimana pun dua sahabat itu berjaya membuktikan keberanian mereka untuk membuat terjunan setinggi 3m, 5m dan 10m
Keberanian yang ditunjukkan mereka mendapat pujian daripada atlet- atleat penerjun yang hadir seperti Chong Jun Hoog dan Ahmad Amsyar.
"Lompatan ini bukan lompatan biasa dan tidak semua orang ingin melaksanakannya..saya memuji Ray & Haniff sangat berani!” kata atleat-atlet penerjun yang hadir itu.
Sementara itu, semalam Rancangan Pagi No 1 Malaysia,JoHaRa Pagi ERA buat pertama kalinya ke udara secara langsung di Pusat Akuatik bersama dua atlet penerjun negara tersebut.
Misi utama mereka adalah untuk mencabar diri masing2 membuat aksi terjunan mengikut level tertentu.
Penerbit JoHaRa iaitu, Niq Nur Azarina Sahrin berkata Era sentiasa memastikan JoHaRa memberi suntikan kelainan setiap hari dan sukan terjun itu salah satunya.
“Pengurusan Era sentiasa memastikan JoHaRa melakukan aktiviti -aktiviti yang up to date dan melakukan pelbagai kelainan.
“Saya akan merancang bersama mereka dan berbincang sebelum membuat sesuatu keputusan.
“Hari ini, JoHaRa mencipta lagu sejarah kerana pertama kali ke udara secara langsung di Pusat Akuatik, dan membuat terjunan di luar jangkaan kami. Ini lah kelainan kami" katanya.
Selain Ray dan Hanif, Johan juga merupakan penyampai Era bersama di JoHaRa Pagi Era.
Must-Watch Video