Laman Utama
“Ini Bukan Saja Fitnah Tetapi Reputasi Saya...Padam Akaun Atau…!” – Siti Berang Scammer Ambil Kesempatan
Penyanyi popular tanah air Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa kesal apabila mengetahui wujud akaun palsu menggunakan namanya untuk memperdaya orang ramai.
Siti menerusi kemaskini terbaru di Instagram pagi tadi turut memberi amaran kepada individu terlibat memadamkan akaun tersebut.
Menurut Siti, beliau difahamkan akaun tersebut cuba memperdaya orang ramai dengan menawarkan wang tunai.
Penyanyi yang sedang hamil anak kedua itu turut menyeru orang ramai melakukan ‘report’ terhadap akaun palsu berkenaan.
“Akaun ini cuba scam orang, menawarkan wang tunai, memberikan cara dan syarat untuk mendapatkan wang tersebut.
“Pada zaman ini kita semua kena buka minda supaya tidak terpedaya dengan scammer seperti ini.
“Kepada pemilik akaun ini, sila padamkan akaun anda, atau kami kenakan tindakan tegas. Kalian jangan terpedaya kerana saya hanya ada satu akaun rasmi sahaja iaitu @ctdk, tidak ada akaun lain.
“Saya tegaskan ini bukan akaun saya dan siapa yang membuat akaun ini, menipu dan memperdaya orang, saya harap hentikan perbuatan ini. Jom kita report akaun ini beramai-ramai,” katanya.
Dalam pada itu Siti meluahkan rasa kecewa kerana perbuatan individu tidak bertanggungjawab tersebut merupakan fitnah dan menjejaskan reputasi beliau.
“Siapa pula yang guna nama dan gambar saya, buat akaun dan cuba nak scam orang ni?
“Jangan ambil kesempatan kepada orang lain dan menggunakan nama dan gambar saya pula, ini bukan sahaja mendatangkan fitnah tetapi reputasi saya juga,” tegas Siti.
Dalam pada itu di ruangan komen, rata-rata pengikut Siti bersetuju tindakan tegas diambil terhadap scammer terbabit.
Must-Watch Video