Kakak kepada aktres cantik Anzalna Nasir, Diana Nasir berang dengan pihak kontraktor yang diberi tanggungjawab untuk mendekorasi bahagian rumahnya.

Merasakan tidak berpuas hati, ini merupakan kali pertama dan terakhir dirinya menggunakan perkhidmatan tersebut.

"When you hired a Malay contractor to do your house!

"#F**kingdissapointed! #hasilkerjamacamharamJ #firstandlast #neverevereverrrrragain #dontyoudareshowyourfacetomeagain!" tulisnya.



Menerusi Instagram Stories miliknya, Diana berkongsi foto sinki yang dibasahi dengan percikan air akibat saiznya yang kecil.

Tidak cukup dengan itu, bahagian bawah sinki turut kelihatan bocor.





Diana meluahkan perasaannya yang inginkan sebuah dapur idaman namun telah musnah.



Selain itu, Diana mendedahkan bukan hanya bahagian dapur tidak menjadi seperti yang dirancang malah di luar rumah juga.



Pun begitu, Diana hanya menyatakan nama gerangan orang yang membuatkannya naik angin sekaligus meluahkan rasa marah adalah Arip.