Bakat pelakon kacak Zul Ariffin, 35, dalam bidang lakonan tidak dapat disangkal lagi.

Manakan tidak, sepanjang pembabitannya dalam industri hiburan, Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin telah banyak menghasilkan karya berkualiti yang membuatkan dia kekal relevan sehingga sekarang.

Kali ini, Gempak kongsikan antara filem-filem yang pernah dilakonkan oleh Zul:

1.Tombiruo: Penunggu Rimba



Tombiruo: Penunggu Rimba ialah sebuah filem aksi pengembaraan Malaysia 2017 arahan Seth Larney, diadaptasi daripada novel yang diterbitkan pada 1998 dengan judul sama karya Ramlee Awang Murshid.

Tombiruo: Penunggu Rimba ini tayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 12 Oktober 2017.

Selain Zul yang memegang watak Ejim, filem ini turut dilakonkan oleh Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Datuk M. Nasir dan ramai lagi.

2. Misteri Dilaila



Misteri Dilaila ialah sebuah filem seram thriler psikologi arahan Syafiq Yusof yang dibintangi oleh Zul, Elizabeth Tan, Rosyam Nor, Namron dan Sasqia Dahuri.

Ia mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri dan Dilaila yang bercuti di Bukit Fraser, Pahang, tetapi percutian itu bertukar menjadi satu misteri apabila Dilaila hilang dan Jefri menghubungi polis untuk mengesan isterinya.

Misteri Dilaila ditayangkan pada 21 Februari 2019 di 131 pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

Misteri Dilaila telah mencipta sejarah dalam industri filem negara dengan menjadi filem Malaysia pertama dengan dua versi penamat berbeza.

3. Sangkar



Sangkar merupakan sebuah filem drama aksi Malaysia 2019 yang diarahkan oleh Kabir Bhatia.

Filem ini mengisahkan permusuhan dan penebusan antara dua orang atlet MMA tempatan, serta perjuangan mereka demi maruah dan keluarga masing-masing.

Sangkar ditayangkan pada 29 Ogos 2019 di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Antara barisan pelakon hebat yang membintangi Sangkar adalah Zul, Remy Ishak, Mira Filzah, Niezam Zaidi, Nik Adam Mika dan ramai lagi.

4. Penunggang Agama



Penunggang Agama ialah sebuah filem seram thriller islamik arahan Syafiq Yusof terbitan bersama Skop Productions dan Astro Shaw.

Ia mengisahkan pasangan suami isteri yang menghadapi cabaran dalam menyelamatkan keluarga mereka daripada ancaman gangguan makhluk halus.

Berdasarkan daripada kisah benar dan pengalaman Syafiq sendiri, filem ini dibintangi oleh Zul, Nasir Bilal Khan, Sabrina Ali, Azira Shafinaz dan ramai lagi.

Filem ini ditayangkan pada 25 Mac 2021 di Astro First.

Jadi, jangan lupa saksikan Penunggang Agama yang kini sudah berada di pawagam rumah anda.

Untuk melanggan sila ke saluran 480, juga boleh strim di Astro GO atau On Demand.

Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton naskah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.

BACA: Penuh Pengajaran! Penonton Hayati Jalan Cerita Filem Penunggang Agama, "Jangan Mudah Percaya Orang Dari Cara Pakaian"