Pemilik trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2018, Fauziah Nawi menafikan dakwaan ucapannya berbaur sindiran kepada penyanyi dan pelakon Elly Mazlein.
Tegas Fauziah, ucapannya di pentas ASK 2018 sewaktu menerima anugerah berkenaan tidak ditujukan kepada Elly.
"Saya tegaskan saya tidak menyindir Elly Mazlein. Tak ada pula suami bff saya yang dirampas sesiapa pun.
"Jika masih menuduh, terserah. Ini fitnah! Demi Allah saya tidak sindir Elly," tulisnya di akaun media sosial Facebooknya malam tadi.
Fauziah menjawab laporan sebuah portal yang mendakwa ucapan tidak merampas suami orang itu ditujukan buat Elly yang secara tidak sengaja menjadi hos ketika penyampaian anugerah itu.
Kata Fauziah ketika ucapannya; "Jangan siapa marah I, walaupun hari ini I sendirian... dah 26 tahun suami meninggal dunia, I tak nak ambil laki siapa-siapa pun okey."
Namun, ucapan Fauziah disalah ertikan segelintir netizen dan menganggap ia ditujukan buat Elly.
Ada juga yang membuat andaian sindirian itu ditujukan kepada umum dan tidak khusus buat sesiapa pun.
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita