Laman Utama
“Ini Kediaman Kami…”- Nourul Depp & Keluarga Selamat Tiba Di Bali
Penyanyi Nourul Depp memaklumkan akhirnya dia dan keluarga selamat tiba di Bali selepas menjalani kuarantin selama tujuh hari di Jakarta, Indonesia.
Nourul bersyukur kerana perjalanan mereka untuk berhijrah ke negara itu dipermudahkan.
“Alhamdulillah kami selamat tiba. Thank you for all the wishes,” katanya.
Nourul berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya semalam.
Pelantun lagu Kerana Terluka itu dalam masa yang sama membuat jelajah ke kediaman sementara yang bakal didiami keluarga mereka selama beberapa minggu.
“Ini kediaman kami untuk beberapa minggu di sini.
“Nanti kalau nak holiday boleh ke sini. Insya-Allah soon buka,” beritahunya.
Nourul berhijrah ke sana bagi memenuhi impian suaminya untuk menetap di Bali kerana sebelum ini dia pernah tinggal selama dua tahun di sana.
Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab dan suami, Eric Daniel Depp berkahwin pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 8, Raphael, 6, dan Isabella 2.
Pun begitu, Nourul meninggalkan anaknya, Ayu Nazirah, 23, iaitu hasil cahaya matanya menerusi perkahwinan terdahulu bersama komposer Ajai, di Malaysia.
Must-Watch Video