Laman Utama

Ini Kisah Guru Yang Tinggal Dalam ‘Rumah Stor’ Bersaiz 2.74 Meter Lebar & 4.87 Meter Panjang

gempak
Firdaus
20/11/2023
05:55 MYT
Sponsor Banner
Ini Kisah Guru Yang Tinggal Dalam ‘Rumah Stor’ Bersaiz 2.74 Meter Lebar & 4.87 Meter Panjang
Jika anda seorang guru dan ditempatkan di lokasi yang tidak mempunyai kemudahan kediaman untuk anda, apakah yang anda lakukan?
Bagi George Odol yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Ulu Ansuan, Telupid, Sabah, keselesaan menjadi perkara terakhir untuk dihiraukan kerana matlamat utamanya adalah memberi ilmu kepada para pelajar.
Justeru, tidak hairan jika dia sanggup tinggal dalam sebuah stor kecil selama lebih tiga tahun semata-mata mahu meneruskan tugasnya sebagai pendidik di kawasan tersebut.

BERITA TRENDING: Dipecat Sebab Pakai Salib, Netizen Bengang Dengan Si ‘Kaki Viral’ - “Takkan Orang Bukan Islam Tak Boleh Kerja Restoran Halal”

"Agak sedih juga lah seorang guru besar tinggal di rumah begini sahaja, sudah tiga tahun lebih. Apa boleh buat kami guru-guru terpaksa korbankan keselesaan datang ke sekolah pedalaman untuk murid-murid kami,” katanya.
Pengorbanan George meraih perhatian netizen, sementelah melihat kesungguhannya bertahan demi pembelajaran anak-anak bangsa.
“Pengorbanan besar seorang pendidik yang tulus demi anak bangsa,” tulis seorang netizen.
“Cikgu begini yang patut dapat bintang Dato’ berkorban bukannya yang tak tahu apa-apa jasanya,” komen seorang lagi warganet.
“Mulia sungguh hatimu guru,” kata warganet.
Sekadar info, George Odol telah tinggal di dalam stor yang berkeluasan 2.74 meter lebar dan 4.87 meter panjang, kerana sekolah itu dibina tanpa kemudahan guru walaupun berada jauh di pedalaman.
Sumber: YouTube
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live