Berita

Ini Kisah Menyayat Hati Jemaah Haji Palestin Yang Dijemput Raja Arab Saudi – “Kebahagiaan Saya Tidak Lengkap Tanpa Anak, Tanpa Suami”

Gempak
15/06/2024
18:55 MYT
Rakyat Palestin yang dijemput oleh Raja Arab Saudi Raja Salman untuk menunaikan haji tahun ini, meluahkan rasa syukur apabila dapat mengerjakan Rukun Islam kelima itu.
Douaa al-Massarii, 33, adalah salah seorang daripada 2,000 rakyat Palestin yang dijemput oleh Raja Salman untuk menunaikan haji, termasuk 1,000 penduduk Gaza.

Menyayat hati

Massarii yang tinggal sebagai pelarian di Mesir, sejak Februari lalu, bagaimanapun tidak dapat menahan sebak tatkala mengenang nasib menimpa suami dan anak-anaknya.
"Tetapi kebahagiaan saya tidak lengkap tanpa anak, tanpa suami," katanya sambil menahan sebak.
Douaa berkata, dia berasakan anak-anaknya bersamanya ketika dia melakukan tawaf di Kaabah, Masjidilharam.

Berita Trending: Amelia Henderson Harap Dapat Jumpa Lelaki Yang Boleh Hargai Dirinya

Berita Trending: “Saya Dengan Aedy Kawan, Tak Rapat Macam Dulu “ - Amelia Henderson

Berita Trending: Fiziwoo Keluar Disclaimer, Rakam Video Promosi Baju Raya Bersama Ruhainies Disember Lalu - "Kami Tiada Niat Mencalarkan Imej Individu..."

Berita Trending: “Tiada Istilah Pergaduhan Atau Apa-Apa” - Tidak Lagi Bersama Amelia Henderson, Aedy Ashraf Serah Pada Takdir

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Sambung Enam Hari

"Semasa saya menoleh, saya melihat tiga anak saya di langit, saya berdoa untuk mereka. Apabila saya menyentuh Kaabah, saya berasa selesa," katanya.
Bagaimanapun, tiada apa yang akan memadamkan luka 31 Oktober tahun lalu apabila serangan Israel memusnahkan rumah di mana dia tinggal bersama keluarganya.
"Apabila saya tersedar di bawah runtuhan, saya tidak lagi merasakan tubuh saya. Saya hanya mendengar anak sulung saya menangis," katanya.
Douaa dibawa ke hospital dalam keadaan patah punggung dan diberitahu bahawa anak lelakinya yang berusia lapan tahun dan anak perempuannya yang berusia 18 bulan, terbunuh.
Suaminya yang parah dilaporkan meninggal dunia beberapa hari kemudian. Anak perempuan sulung mereka, berusia sembilan tahun yang menyertai keluarga bapanya di kawasan Semenanjung Gaza yang dianggap lebih selamat, tetapi dia tidak bertahan lama.
Dalam pengeboman Israel, anak perempuannya itu terbunuh bersama semua orang di dalam rumah berkenaan.
"(Dia) satu-satunya anak yang saya tinggal (sebelum ini). Dia yang membantu saya bertahan," tangis Douaa.
Seorang lagi penduduk Palestin yang menerima jemputan menunaikan haji itu, Khalil al-Rahman Jaber berkata, dia bersyukur berada di Makkah, biarpun bergelut dengan kesedihan.
Lelaki berusia 27 tahun itu berdoa untuk kakaknya, yang terbunuh dalam pengeboman Israel bersama suami dan dua anaknya, dan ramai bapa saudara dan rakan yang menerima nasib sama.
"Saya berada di rumahnya sejam sebelum itu," kata peguam itu, yang melarikan diri dari Gaza pada Mac lalu.
Lelaki itu berkata, dia mencari ahli keluarganya itu di bawah runtuhan, hanya dengan menggunakan tangan. Pada hari sama, dia bernasib baik ketika serangan lain melanda bangunannya.
"Saya lebih suka untuk tidak melarikan diri. Alhamdulillah, kami mempunyai iman.
"Haji, kehadiran di tempat-tempat suci ini menanamkan perasaan harapan, perasaan bahawa mungkin untuk mendapatkan semula kehidupan kita, walaupun ia mengambil masa yang lama," katanya.
Sumber: AFP menerusi Harian Metro

Korang dah tengok filem The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Menteri Hal Ehwal Agama Tunisia Dipecat Selepas Kematian 49 Jemaah Haji

gempak
22/06/2024
14:55 MYT
Presiden Tunisia, Kais Saied pada Jumaat memecat Menteri Hal Ehwal Agama Ibrahim Chaibi selepas berpuluh-puluh jemaah haji Tunisia meninggal dunia ketika menunaikan ibadah haji di Arab Saudi, lapor Agensi Anadolu.
Hiburan

Elfira Loy Kesal Tindakan Individu Kongsi Video Jemaah Haji Meninggal Dunia - “Saya Telah Menyaksikan Dedikasi Pasukan Perubatan Dalam…”

gempak
20/06/2024
21:55 MYT
Pelakon Elfira Loy melahirkan rasa terkilan dengan sikap segelintir individu yang merakam dan berkongsi rakaman memperlihatkan jemaah yang meninggal dunia ketika menunaikan ibadah haji.
Berita

Pengawasan Udara 24 Jam Sepanjang Musim Ibadah Haji

gempak
18/06/2024
03:55 MYT
Pihak berkuasa Arab Saudi menjalankan pengawasan udara sepanjang masa untuk memastikan keselamatan dan keselamatan jemaah semasa haji.
Viral

Jemaah Haji Palestin Kongsi Cerita Terselamat Daripada Maut Beribu Kali

gempak
18/06/2024
03:27 MYT
"Saya seperti tidak percaya melihat Masjidil Haram di depan mata. Saya bernasib baik kerana nyawa masih panjang dan terselamat daripada kematian beribu kali."
Laman Utama

Teringat Belum Beri Ayam Makan, Jemaah Haji Minta Izin Pramugari Untuk Turun Pesawat

gempak
05/06/2023
07:50 MYT
Alahai...