HIGHLIGHTS
Ini Perkara-Perkara Yang Selalu Digaduhkan Pasangan BERCINTA – Antaranya, “Nak Makan Mana?” Betul Tak?
Adatlah apabila dua manusia berbeza cara dan hidup mahu bersatu dengan cinta. Apabila melalui sesuatu situasi itu, adakala susah untuk mencapai kesepakatan dan kata putus. Nah, kadang-kadang perkara yang diperbalahkan itu pun benda enteng saja tetapi kerana masing-masing cuba untuk memberikan yang terbaik, maka sulit untuk dileraikan. Apa agaknya? Jom tengok ada tak yang selalu terkena pada kamu dan pasangan.

Kredit Foto: Google
- “Nak makan mana?” – ini antara dilema terbesar bagi pasangan apabila mahu memutuskan di mana mahu makan? “Saya ikut awak”, “Saya pun ikut awak”. Sampai dua, tiga jam nak buat keputusan.
- “Kenapa tak jawab Whats App?” – tambah-tambah kalau sudah blue tick tetapi tidak dibalas, lagilah naya. Maka, sekurang-kurangnya balaslah ‘nanti saya reply’ walau sesibuk mana pun harimu.
- “Kenapa lambat angkat call?” – dan ini juga! Walaupun lambat tu hanya lima saat. Tetap dianggap lambat ya.
- “Kenapa tak pergi klinik/makan ubat?” – alah..alah.. masa bercinta memanglah semuanya caring dan penyayang. Lambat makan ubat pun akan kena marah. Sweet, kan?
- “Awak masih call dia ke?” – Err, jangan sesekali ya berhubungan dengan orang yang tidak disukai pasangan terutamanya ‘bekas-bekas’. Inilah malapetaka terbesar yang akan merosakkan hubungan.
- “Kenapa balik lambat?” – Masa nilah kebanyakan pasangan nak tunjuk betapa dia mengambil berat dan risau dengan keselamatan kamu. Walaupun mak ayah sendiri tidak kisah tetapi tidak bagi dia. Balik jam lapan malam pun dah dikira lambat dan berbahaya tau.
- “Tak like pun post saya?” – Tada! Yang paling menjengkelkan bercinta di zaman media sosial ini, kan? Hahaha... Tak like, komen, share post si dia pun boleh bawa kepincangan. Maka, like sajalah sebagai tanda sayang.
Apa pun cara dan gayanya ketika bercinta, berpada-padalah. Jangan sampai membuatkan pasangan tertekan dan rasa dikawal. Beri kelonggaran dan masa sementara si dia belum milikmu. Namun, ingat juga tidak semua perkara-perkara remeh yang dilakukan itu berterusan hingga selepas kahwin. Kadang-kadang, pasangan saja ‘acah-acah’ tunjuk ‘caring’ dan terlebih sayang. Nanti, sudah berumahtangga, lainlah pula ya.
Must-Watch Video