Tidak lama lagi, seluruh dunia akan beralih kepada penggunaan Teknologi Mudah Alih Generasi Kelima atau 5G.

Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya bangga kerana kita akan menjadi antara negara yang bakal menikmati dahulu teknologi tersebut.

Jadi apa sebenarnya 5G ini? Mengapa Pula Huawei Digelar Peneraju?



Rangkaian 5G merupakan penambahbaikan ataupun evolusi daripada Rangkaian 4G terdahulu.

5G bakal menawarkan beberapa teknologi pemancaran terkini, seperti antena agam berganda, ataupun Massive-MIMO (Multiple-Input Multiple-Output),

Untuk makluman, Huawei adalah salah satu daripada tiga syarikat utama yang akan membantu China membina stesen pangkalan untuk merealisasikan rancangan negara untuk membawa perkhidmatan 5G ke 40 bandar.

Bagi pelaburan R&D 5G ini, Huawei telah memulakan sejak 2009.

Difahamkan, setakat ini ia telah melibatkan pembinaan 30,000 hingga 50,000 stesen pangkalan bagi setiap tiga penyedia rangkaian mudah alih utama di China - China Mobile, China Telecom dan China Unicorn.

Itu di China, tidak lama lagi kita semua akan menikmati perkhidmatan tersebut kerana Malaysia juga komited dalam pembangunan ini.

Kepentingan Sebenar 5G!



Memetik laporan SCMP, teknologi 5G akan menjadi salah satu komponen utama yang akan memacu industri robotik.

Sementara itu menerusi 'Global Industry Vision' HUAWEI yang menganalisis trend pembangunan industri, 14 peratus rumah akan mempunyai robot yang dilengkapi pelbagai fungsi menjelang 2025.

Ia digelar sebagai 'Smart Home' atau rumah pintar! Senang cerita rumah anda akan dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI ) untuk membantu memudakan kerja-kerja harian anda.

Malah tahukah anda, antara 2009 dan 2019, Huawei telah membelanjakan sehingga RMB485 bilion (RM288 bilion) untuk Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

Pada 2018 sahaja, mereka membelanjakan RMB101bil (RM60bilion) dalam pelbagai sektor yang dapat membantu dunia menjadi lebih baik.

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Matahir juga yakin Malaysia akan dapat memanfaatkan teknologi 5G dalam tempoh 3 tahun akan datang, dengan persediaan yang diperlukan untuk melaksanakannya.

Menerusi laporan Astro Awani, Tun Mahathir menjelaskan teknologi 5G bukan hanya mementingkan kelajuan teknologi mudah alih semata mata.

Sebagai contoh penggunaan 5G dalam industri pertanian yang mana ia dapat membantu petani mendapatkan hasil yang lebih baik dengan mengesan kelembapan tanah dalam masa nyata.

Apa Manfaat 5G Untuk Pengguna?



Adakah anda berpuas hati dengan kelajuan 3G atau 4G sekarang?

Tunggu sehingga anda tahu keupayaan sebenar 5G kerana ia mampu mencapai kelajuan maksima pada 20Gbps manakala 4G pula hanya boleh mencapai tahap 1Gbps pada tahap terbaik.

Ini bermakna kelajuan 5G adalah 20 kali ganda daripada 4G.

Jadi, sebagai pengguna anda bolehlah melayan video dan strim permainan atas talian dengan definisi tinggi, resolusi 4K sekali pun.

Kurang atau tiada langsung lagging ketika bermain!

Rangkaian 5G juga boleh diaplikasikan dalam fungsi penghantaran drone AI dan kereta tanpa pemandu.

Walaupun kita tidak tahu bila semua kebaikan 5G ini akan disediakan di Malaysia, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo menjangkakan pelaksanaan rangkaian 5G seawal suku pertama tahun 2020.

Dengan bantuan teknologi 5G Huawei, pelaksanaan ini pasti akan tercapai.

Untuk melihat lebih banyak lagi pelaksanaan Huawei ini anda boleh lihatnya di bawah.