gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HOLLYWOOD
Bekas Kekasih Dakwa Lily Allen Busuk: “Itu Satu Bentuk Penderaan…”
HIBURAN
Buktikan Siapa Lebih Bagus, XPDC Ajak Satu Pentas - “Kita Panggil Pengadil Datang”
HIBURAN
Viral 'Drama' Diva AA Pijak Beg, Aliff Syukri; "Aku Tak Nak Saman Sebab Kau Tak Ada Duit"
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

“Ini Semua Kerja Mulut-Mulut 'Hangsuang', Nak Melagakan Aku Dengan Nabil" - Azwan Ali

Fiza Kamarudin
Fiza Kamarudin
17/11/2020
14:57 MYT
Sponsor Banner
“Ini Semua Kerja Mulut-Mulut 'Hangsuang', Nak Melagakan Aku Dengan Nabil" - Azwan Ali
Artis versatil, Azwan Ali kesal apabila ada pihak yang sengaja melaga-lagakan dirinya dan Nabil Ahmad apabila memperbesarkan isu ‘selfie stick’ disebut pengacara tersebut ketika siaran langsung Gegar Vaganza (GV)7 pada Ahad lalu.
Azwan yang diundang menjadi tetamu MeleTop berkata, dia sedikit pun tidak terkesan dengan apa yang diucapkan Nabil pada malam tersebut tambahan lagi pengacara GV7 itu tidak menyebut namanya.
“Ini semua kerja mulut-mulut hangsuang ni. Aku dengan Nabil tak ada apa-apa pun. Setakat Nabil nak cakap macam tu…kenapa you all perlu nak besar-besarkan isu?
“Knowing Nabil kan…Adoi...lepas tu saya dapat bertalu-talu mesej orang mengadu fasal Nabil. Untuk apa?,” Saya sudah tahu cerita sebenar.
“Jihan sudah jelaskan semuanya kepada saya. Perlu ke kau orang semua tahu? Kau siapa?” Nabil tak sebut pun nama aku, aku nak saman pun tak boleh,” katanya.
View this post on Instagram
A post shared by MeleTOP (@meletop)
Nabil yang juga pengacara program MeleTop turut memberitahu Azwan bahawa ramai di luar sana yang mahu melihat mereka ‘berperang’.
Dengan tenang Azwan menjawab, memang benar dia dan Nabil pernah ada isu beberapa tahun dahulu tetapi mereka sudah lama berdamai.
“Isu Nabil tak tegur saya ketika kami terserempak tu dah lama dah. Kami dah lama berdamai and we have no issue now…so?,” katanya.
[[BACA: “Habislahh” - Diundang Jadi Tetamu MeleTOP, Netizen Tak Sabar Pertemuan Azwan Ali & Nabil]]
Tambah Nabil lagi lebih mengecewakan apabila individu yang cuba melaga-lagakan mereka ialah individu sama yang pernah mencaci dan menghina Azwan suatu ketika dulu.
Namun secara tiba-tiba individu tersebut menjadi 'talam dua muka' apabila bertindak memuji Azwan pada malam Ahad lalu dan mengecam Nabil.
“Podah! Podah! Podah! Setakat kau kecam caci aku, aku dah alami lama dah. Nabil ni adik aku lah! So?,” katanya sambil berpesan kepada netizen supaya tidak menjadi batu api.
View this post on Instagram
A post shared by MeleTOP (@meletop)
Sebelum Azwan meninggalkan set MeleTop, Nabil dan Cik Manggis sempat mengucapkan selamat kembali kepada pengacara sensasi itu.
"Apapun selamat kembali ke industri dari kami abang Azwan dan tahniah, you are the best," kata Nabil dan Cik Manggis.
Pada Ahad lalu nama Nabil menjadi bualan hangat di laman Twitter apabila dikatakan memerli Azwan Ali apabila mengeluarkan ayat berkaitan ‘selfie stick’ ketika siaran langsung GV 7.
Netizen menganggap tindakan Nabil sebagai biadap kerana kononnya tidak menghormati Azwan yang lebih berpengalaman dalam bidang pengacaraan.
Azwan bagaimanapun tidak melayan cubaan netizen yang cuba melaga-lagakan dirinya dan Nabil, malah tidak membalas walau satu pun kicauan yang menyebut tentang perkara tersebut.
Selain Azwan, antara selebriti yang turut dijemput sebagai tetamu pada malam tadi ialah Sufian Suhaimi, Jasmine Suraya, Khir Rahman, Imuda, Michael Ang, Uqasha Senrose, Wani Syaz dan Waris.
Program MeleTOP bersiaran pada jam 9 malam di saluran Astro Ria (104).
Topic Berkaitan
#Nabil Ahmad
#Azwan Ali
#Dilagakan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement