Berita

"Ini Semua Soal Rezeki, Setiap Orang Ada Bahagian Masing-Masing" - Aiman Tino

gempak
Rozaimi Zubaidi
11/07/2019
07:15 MYT
Sponsor Banner
"Ini Semua Soal Rezeki, Setiap Orang Ada Bahagian Masing-Masing" - Aiman Tino
Penyanyi Aiman Tino mengakui sedar apabila popularitinya sebagai penyanyi dalam aliran ‘budak baru nak up’ (BBNU) semakin menurun berbanding rakan artis yang lain.
Menurut Aiman, dia tidak mahu cepat melatah dengan apa yang berlaku sekarang ini sebaliknya mahu mengeluarkan single baru untuk menarik kembali sokongan peminat-peminatnya.
"Bagi saya ini semua soal rezeki, setiap orang ada bahagian masing-masing dan saya sedar kerjaya seni saya agak perlahan kebelakangan ini.
"Sebagai seorang anak seni saya tidak boleh cepat melatah sebaliknya saya akan cuba cari lagu lebih wow dan tarik semula pendengar,” katanya kepada Gempak.
Aiman berkata demikian ketika majlis sambutan ulang tahun kelahirannya, di Dewan T.K.R, Klang, baru-baru ini.
Tambah pelantun lagu Permata Cinta ini, dia enggan memikirkan mengenai perkara terbabit.
"Buat masa sekarang ini saya tak mahu terlalu memikirkan tentang hal ini kerana takut depresi.
"Bagi saya industri ini adalah punca rezeki saya dan keluarga jadi saya harus terus berusaha untuk kembali menempa nama dalam industri," katanya lagi.
Aiman mula menceburkan diri dalam bidang hiburan pada 2016 menerusi lagu Ku Rela Dibenci.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live