Anggota kumpulan KRU, Edry Abdul Halim mengakui keputusannya membawa anaknya, Emery yang menghidap autisme untuk menerima pendidikan terbaik di Eropah adalah tindakan yang tepat.
Menurut Edry, 41, keputusan itu diambil selepas pihak sekolah anaknya dikatakan tidak mampu untuk mengajarnya lagi akibat masalah yang dihadapi.
"Ini soal anak saya, jadi tiada apa yang keterlaluan.
"Pihak sekolah Emery sekarang sudah bertanya kepada isteri saya, Milia Mohammed bila mahu keluarkan anak saya dari situ kerana mereka sudah tidak mampu mengajarnya.
"Perkara itu membuatkan saya tersentak dan tersedar betapa kesibukan kerjaya membuat saya kurang prihatin terhadap keadaan Emery.
"Bukan tiada pusat pendidikan yang bagus di sini, namun kemudahan untuk kanak-kanak autisme di sana lebih lengkap," katanya kepada Astro Gempak.
Edry berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media tergempar ‘Gergasi’ KRU, yang diadakan di Impiana Hotel KLCC, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Edry mendirikan rumah tangga dengan Milia Mohammed pada November 1999 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Emil, Edylia, Emery dan Elya.
Konsert Gergasi KRU 25 akan diadakan pada 4 hingga 6 Mei ini di Istana Budaya.
Orang ramai yang ingin menyaksikan konsert Gergasi KRU 25 boleh mendapatkan tiket di www.kruarena.com.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Rozaimi Zubaidi
Fri Apr 27 2018
Mahalini Bakal Pindah Agama, Menikah Secara Islam Bersama Rizky Febian!
Penyanyi, Mahalini telah sah dikhabarkan akan berpindah agama selepas selesai upacara “mempamit” yang diadakan di kediaman Mahalini iaitu di kawasan Banjar Aseman Kawan, Desa Tibubeneng, Kuta Utara, Badung, Bali pada Sabtu.
Nabil Ahmad Lihat Aliff Aziz & Bella Astillah Sebagai ‘Loving Couple’ Ketika Di GV - “Saya Percaya Setiap Orang Ada Ujian…”
Nabil harap semua orang doakan Aliff & Bella.
“Yang Tak Setuju Bab Melutut, Saya Mohon Maaf” - Case Closed! Caprice Harap Jadi Pengajaran Buat Keyboard Warriors
Isu melutut case closed.
"Cubalah Tanya Ruhainies" - Bella Astillah
Bella juga enggan mengulas apabila diminta mengulas mengenai kemunculan Aliff dalam temubual di satu podcast di Singapura, baru-baru ini.
Paderi Curi Duit Tabung Gereja RM19,000 Main Candy Crush, Pokémon Go
Seorang paderi di Pennsylvania, Amerika Syarikat berdepan hukuman selepas didapati mencuri duit tabung gereja untuk membuat transaksi secara atas talian.
Faisal Halim Disimbah Cecair Dipercayai Asid, Muka & Kepala Cedera
Malaysia dikejutkan pula dengan insiden pemain bintang Selangor FC, Faisal Halim yang cedera di muka dan badan dipercayai akibat disimbah asid.
Afifah Nasir Kini Isteri Syed Hariz!
Pelakon Afifah Nasir selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Syed Hariz pada petang Ahad.
Awal Ashaari Dilantik Wajah Usanita 2024, Bakal Hoskan Program Bual Bicara 15 Episod - "Kita Mahu Sajikan Content Yang Segar & Berinspirasi"
Usanita bakal memperkenalkan program bual bicara yang akan dikendalikan bersama pengacara popular Awal Ashaari.
"Saya Tak Takut Dibenci Penonton Kerana Watak Jahat" - MK K-Clique
Watak Bono dalam filem Rebel : Berontak Untuk Berotak menampilkan sisi berbeza penyanyi dan pelakon MK K-Clique
1.6 Juta Peminat Banjiri Konsert Percuma Madonna, Cipta Sejarah Lebih 4 Dekad
Madonna mencetak sejarah apabila lebih satu juta penonton membanjiri tapak konsert percuma yang dilakukannya di Brazil bersempena dengan persembahan terakhir dalam The Celebration Tour.