Viral

"Ini Waktu Sukar Bagi Saya, Harap Boleh Settle Sesama Sendiri" - Isteri Ammar Alfian

gempak
Amri Hassan
20/05/2019
22:45 MYT
Sponsor Banner
"Ini Waktu Sukar Bagi Saya, Harap Boleh Settle Sesama Sendiri" - Isteri Ammar Alfian
Isteri kepada pelakon Ammar Alfian, Nelissa Nezam menyifatkan perbuatannya membuka kisah rumah tangganya ekoran perasaan marah dan sakit hati.
Baca: Isteri Dedah Kecurangan Ammar Alfian Ketika Sedang Hamil 6 Bulan?
Malah, wanita itu akui situasi yang berlaku amat sukar bagi dirinya dan keluarga.
"Bukanlah cara saya untuk mendedahkan kepada publik tentang kisah peribadi.
"Ia tercetus kerana perasaan marah dan sakit hati. Lukanya masih baru dan emosi saya didorong oleh situasi saya yang sedang berbadan dua.
"Bagaimanapun, apa yang sudah berlaku biarkan berlalu. Ini waktu yang sukar bagi saya dan keluarga saya," tulisnya menerusi Instastory malam tadi.
Petang semalam, Nelissa tampil membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa suaminya curang ketika dia sedang hamil anak sulung mereka.
Justeru, Nelissa berharap kemelut rumah tangganya boleh diselesaikan antara dia dan suami dengan baik.
"Saya sangat menghargai sokongan anda semua tetapi saya fikir adalah lebih baik untuk menyelesaikan masalah ini secara privasi dan saya mengutamakan kandungan bayi saya.
"Semoga saya dan Ammar akan menyelesaikan masalah ini antara kami berdua dan sesungguhnya mahu menjadi ibu dan bapa yang terbaik," tambahnya.
Ammar dan Nelissa mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016 dan kandungan ini merupakan kehamilan pertama Nelissa semenjak berkahwin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024