,
Berita

“Ini Yang Berlaku Hampir Setiap Hari…”- Anak Sukar Fokus Kelas ‘Online’, Fasha Sandha Terpaksa…

Syafiqah Jalal
05/06/2020
09:12 MYT
Pelakon Fasha Sandha mendedahkan anak perempuannya, Putri Raysha Jemaima, 5, tidak mampu memberi fokus kepada kelas ‘online’ yang diambilnya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut Fasha untuk memastikan Raysha meneruskan kelasnya itu, dia terpaksa menemaninya bersama ketika sesi pembelajaran tersebut.
“Ini yang berlaku hampir setiap hari dari Isnin hingga Jumaat. Susah nak fokus dengan online classes dia, ibu kena teman setiap masa,” tulisnya.
Fasha berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Fasha berkongsi rakaman video Raysha yang mengeluh tidak mahu belajar secara online sebaliknya mahu ke sekolah.
Tambah Fasha anak dia bernasib baik kerana guru yang mengajar anaknya sangat penyabar melayan kerenah pelajar.
“Nasib baik cikgu-cikgu ni semua penyabar, kalau ibu ajar maka jadi singa lapar.
“Anak ibu masih kecil baru 5 tahun . Tak mengapa ibu temankan selagi mampu sayang,” katanya lagi.
Fasha berharap penulran virus Covid-19 dapat dihentikan segera supaya anak-anaknya dapat ke sekolah seperti biasa.
“Rayfal dah boleh fokus Alhamdulillah. Cepatlah Covid-19 pergi. Anak-anak pun dah rindukan sekolah.
“Kalau ibu pun tak berapa gemar online studies, inikan pula anak-anak kan,” tambahnya.
Fasha kini berkahwin dengan Aidil, mereka mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.
Sebelum itu, Fasha pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada April 2017.
Namun, rumah tangga mereka menemui titik noktak pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemaima.
Fasha kini muncul dalam filem Ada Apa Dengan Dosa ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun lalu.
Selain Fasha, filem terbitan Pencil Pictures & Records itu turut dibintangi Ashraf Muslim, Wanna Ali, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Ibu Kecewa Anak Dilibas Siak Masjid Dengan Getah Paip Sampai Berbirat, Sebagai Amaran Elak Berbuat Bising

gempak
06/09/2024
21:55 MYT
Kecewa dan kesal, perkongsian seorang ibu mendakwa anaknya dipukul menggunakan getah paip di sebuah masjid semasa solat Jumaat menjadi perhatian warganet.
Viral

Isteri Pertama Abang Tesla Dedah Berhabis RM30,000 Untuk Rawatan IVF, 6 Tahun Tunggu Cahaya Mata

gempak
05/09/2024
02:29 MYT
Isteri pertama kepada pempengaruh Abang Tesla iaitu Nurmajdina Jamari baru-baru ini berkongsi pengalamannya menjalani rawatan Persenyawaan in vitro (IVF).
Bollywood

Preity Zinta Dedah Gagal Rawatan IVF Punca Guna Kaedah Ibu Tumpang

gempak
04/09/2024
14:50 MYT
Aktres Preity Zinta dan, Gene Goodenough, diketahui memiliki anak kembar Jai dan Gia yang lahir pada November 2021.
Hiburan

“Mati Nanti Pun Berbintikan Nama Mak, Ini Fakta!” - Rita Rudaini

gempak
03/09/2024
06:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini tetap memberi sokongan kepada anak-anak dalam apa jua keadaan.
Viral

Sadis! Tercucuk Sampai Anak Tekak, Pelajar Sekolah Dipaksa Makan Roti Berduri

gempak
02/09/2024
18:55 MYT
Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang pelajar sekolah Indonesia dilaporkan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital setelah dipaksa makan roti yang dipenuhi duri.