Foto penyanyi rap Caprice yang difahamkan telah selamat bernikah terus menjadi buah mulut netizen. Tiada angin tiada ribut, gambarnya yang sedang menyarung cincin di jari manis seorang gadis mencetuskan pelbagai pertanyaan netizen.

BACA: Caprice Kahwin Senyap-Senyap? Azira Shafinaz Ucap Tahniah

Terbaharu, identiti wanita yang didakwa telah dikahwini Caprice pula berjaya dibongkar netizen.

Difahamkan wanita terbabit yang bersama Caprice dalam foto yang tular itu merupakan seorang usahawan yang berasal dari negeri di Pantai Timur bernama Farra Inalis, 26.

Menerusi keterangan di profil Instagramnya, wanita itu turut dikenali dengan nama panggilan Elis dan mengikuti akaun Instagram Caprice.

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Elis turut berkongsi beberapa video sepanjang majlis berlangsung. Salah satunya merupakan videonya menggenggam tangan seorang lelaki.

Tulisnya ringkas; "New life, new chapter."

Sementara itu, di akaun Instagram @signbycap pula, sepotong video boomerang sepasang pengantin mirip Caprice dan Elis turut dikongsikan oleh pengendali akaun berkenaan.

Umpama mengesahkan berita gembira itu, Caprice turut berkongsi sepotong video daripada majlis pernikahannya bersama Elis di akaun Instagramnya sekitar 8.30 malam tadi.

"Halal. Maaf kerana sudah 40 hari saya menyepikan diri. Pelbagai perkara yang telah saya lalui dan saya akan berkongsi dalam waktu terdekat ini," katanya.

A post shared by Tiger of AlQuds ?? (@capriceofficial)


Gempak masih cuba mendapatkan kenyataan daripada Caprice.