Pelakon Lufya Omar kecewa apabila dia telah diperdaya oleh penjaga unta ketika menaiki haiwan tersebut ketika mengerjakan umrah baru-baru ini.

Namun dia bernasib baik kerana terdapat seorang anak kecil berasal dari Arab telah membantunya dari terus diperdaya.

“Mengamuk bodyguard cilik dari Arab ni yang bersama kami bila dengar makcik kene buli. Umur baru 9 tahun ya.

“Kemain marah adik Abdullah bila dia dengar si penjaga unta cakap kalau tak bayar Haram!

“Dia pun bertekak protect makcik dari kena paw dengan penjaga unta,” katanya.

Lufya berkongsi cerita tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik ketika menaiki unta serta dibela oleh anak kecil itu.

Lufya yang kagum dengan adik Abdullah itu terus berseloroh mahu menjadikan dia sebagai menantu untuk anaknya Laana Haura.

“Dalam hati berbisik wow! hebat Abdullah ni punyai sifat pelindung dan berani membela makcik.

“Inilah calon-calon yang terbaik dari ladang untuk Haura.. (makcik gurau..makcik gurau) .
apa salahnya kan?” katanya.

Sekadar info, Lufya dan suami Che Hafiz masih dalam perbicaraan mengenai perceraian mereka.

Pasangan kini tersebut diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang berusia dua tahun.