Skip to main content

Hiburan

“Semua Benda Nak Kena Explain, Penat” - Puteri Sarah Liyana Tunjuk Bukti Mesej Bella Astillah

Puteri Sarah Liyana

Sekilas

  • Puteri Sarah Liyana mengesahkan dia menerima jemputan ke majlis perkahwinan Bella Astillah tetapi tidak dapat hadir kerana sedang bekerja.
  • Dia berkongsi mesej maaf kepada Bella serta ucapan tahniah dan doa untuk kebahagiaan pasangan pengantin baru itu.
  • Bella membalas mesej tersebut dengan memahami situasi Puteri Sarah dan berterima kasih atas doa yang diberikan.
Advertisement

Pelakon Puteri Sarah Liyana tampil menegaskan dia ada menerima jemputan majlis perkahwinan pelakon dan penyanyi Bella Astillah. 

 

Advertisement

Bagaimanapun Puteri Sarah berharap orang tidak menilai terlebih dahulu sebelum mengetahui situasi sebenar sebab dia tidak dapat hadir ke majlis rakannya itu. 

 

“Semua benda nak kena explain, penat. Kepada yang berhati busuk silalah baca ni dan next time tengok story saya ya sebelum JUDGE,” tegasnya. 

Advertisement

 

Puteri Sarah turut berkongsi paparan skrin mesej dia memohon maaf kepada Bella kerana tidak dapat hadir disebabkan sedang bekerja. 

 

“Tahniah. Maaf tak dapat hadir kerana ada penggambaran telefilem. Tahniah atas perkahwinan awak! 

 

“Semoga kalian berdua dikurniakan kehidupan yang penuh dengan kasih sayang yang abadi, kebahagiaan, dan kenangan-kenangan indah.

 

“Semoga Allah memberkati perkahwinan anda dengan ketenangan, persefahaman, keberkatan yang melimpah-ruah, serta kasih sayang yang semakin utuh dari hari ke hari.

 

“Semoga kalian sentiasa menemui ketenangan dan kebahagiaan di sisi satu sama lain.

Salam buat suami awak ya,” tulis Puteri Sarah.

 

Dalam pada itu, Bella turut membalas mesej itu dengan mengatakan dia memahami situasi Puteri Sarah yang sedang bekerja selain berterima kasih atas doa. 

 

Sumber - Threads 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement