Laman Utama

Inilah Identiti Sebenar Kak Gee, Misha Omar Buat Homework Sampai Kunjungi Wad Psikiatri HKL

gempak
Maliah Surip
08/07/2021
13:50 MYT
Sponsor Banner
Inilah Identiti Sebenar Kak Gee, Misha Omar Buat Homework Sampai Kunjungi Wad Psikiatri HKL
Episod kelapan yang juga terakhir program bual bicara terbitan Gempak, #Sembang Tepi Kak Gee melabuhkan tirainya malam ini.
Pada episod akhir ini juga seperti dijanjikan, pihak produksi akan mendedahkan identiti Kak Gee yang telah melunaskan tanggungjawabnya dengan baik berganding dengan pakar psikologi klinikal Akif Basri mendengar dan menyelesaikan masalah yang dihadapi pengadu.
Setelah tujuh episod identiti Kak Gee sempat diteka dijayakan oleh rakan selebriti termasuk Fauziah Latiff, namun dalam episod terakhir ini, semuanya terbongkar.
Kak Gee yang ditampilkan dalam sosok berambut ikal panjang, sering menyarung busana dari warna pastel serta mempunyai tutur kata yang lembut sebenarnya adalah penyanyi terkenal negara, Misha Omar.
"Susah juga nak simpan rahsia saya adalah Kak Gee apabila daripada episod pertama sudah ramai yang menghantar WhatsApp dan DM bertanyakan adakah Kak Gee itu Misha omar.
"Tapi lama lama saya seronok kerana jika sebelum ini banyak peminat selalu mengadu masalah kepada watak Kak Mitch saya di Instagram, ia akhirnya macam menjadi realiti apabila Astro Gempak melamar saya menjadi Kak Gee," ujar Misha Omar kepada Gempak.
Menceritkan pengalamannya menjadi Kak Gee, pelantun lagu Sampai Bila ini mengaku teruja kerana pertama kali mengendalikan sebuah rancangan bual bicara yang mengangkat topik kesihatan mental; yang katanya kebetulan sangat menjadi topik sesuai selepas dunia dan negara dilanda pandemik COVID 19.
Tidak hanya duduk dan mendengar serta menghafal skrip, Misha mengatakan melakukan homework sehingga berkesempatan mengunjungi wad psikiatri Hospital Kuala Lumpur, melihat situasi pesakit serta berbicara dengan doktor yang bertugas.
"Jadi sebelum memulakan tugas, saya buat homework, pergi ke wad psikiatri di HKL untuk memahami situasi. Kemudian setelah duduk di kerusi Kak Gee, saya perlu memainkan peranan yang baik dalam memahami, menyelami dan mendekati setiap masalah yang dipaparkan," katanya.
Tambah Misha, peluang yang diberikan pihak Gempak telah memberi pengalaman bernilai apalagi mereka berdiskusi tentang kesihatan mental. Malah, beliau cukup terharu kerana ada dalam kalangan rakan selebriti seperti Karl Shafek, Catriona Ross, Remy Ishak dan Yasin Sulaiman berkongsi masalah atau sekadar menimba ilmu mengenai masalah kesihatan mental.
"Saya fikir ini adalah tanggungjawab bersama kita semua. Saya sangat beruntung kerana dapat mengendalikan #Sembang Tepi Kak Gee dan belajar sesuatu yang baharu.
"Saya harap kalau dapat berjumpa lepas ni, kita boleh berbual tentang hal ini secara terbuka.
"Dan hal terpenting yang saya belajar setelah 8 episod adalah bagaimana untuk mendepani orang macam ni, (pesakit). Kena ada adab dan beradaptasi supaya kita tak akan trigger sesiapa," jelasnya lagi.
Episod akhir #Sembang Tepi Kak Gee yang disiarkan menerusi platform Gempak pukul 10 malam ini menampilkan Sharifah Amani sebagai tetamu yang pertama kali secara terbuka berkongsi kisah masalah kesihatan mentalnya.
Nak tahu lebih lanjut perkongsian aktres ini bersama Kak Gee dan Akif, jangan terlepas menyaksikan #Sembang Tepi Kak Gee. Jika terlepas, saksikan ulangannya setiap Isnin pukul 9.30 malam di Astro Ria atau boleh strim di Astro Go & On Demand atau dengarkan podcast #STKG di Anchor, Spotify.
Instagram: @mishaomar
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live